Deepak guna nama PMO ugut ahli parlimen

 

Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata ahli perniagaan bernama Deepak ada menghubunginya dan mendakwa telah mencapai persetujuan dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) supaya bekas menteri pengangkutan itu membetulkan kenyataannya berhubung isu import telur dari India.

Semalam, jam 9.51 pagi, saya menerima panggilan daripada seorang insan bernama Deepak yang mendakwa dirinya mewakili J&E Advance Tech Sdn Bhd yang mengata beliau telah berbincang dengan PMO untuk saya buat satu statement dan kita settle (selesaikan) di luar mahkamah.



“Saya kata apa ni? Apa yang berlaku ialah, dato speaker, apabila saya kata saya tak sebut nama syarikat kamu, tak sebut nama kamu, kenapa nak buat macam tu?

“Dia (Deepak) kata you kena buat satu statement untuk membetulkan apa (kenyataan) di Parlimen,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat hari ini.

Meskipun dalam perbahasannya Wee tidak menyebut nama penuh Deepak dan adakah ianya merupakan Deepak Jaikishnan.

Deepak merupakan peniaga permaidani dan kenalan rapat bekas perdana menteri, Najib Razak serta isterinya Rosmah Mansor, sebelum kemudiannya lantang mengkritik pasangan itu.



Pemimpin Bersatu, Azmin Ali baru-baru ini mendakwa Deepak dianugerahkan kontrak mengimport telur dari India melalui rundingan terus dan bukan menerusi tender terbuka.

Wee sebelum ini menerima surat peguam daripada peguam syarikat yang mengimport telur dari India itu berhubung kenyataannya di Parlimen.

Bagaimanapun, Wee memberitahu bahawa Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul telah menegaskan syarikat itu tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya kerana sebagai seorang wakil rakyat, dia mempunyai kekebalan undang-undang ketika berucap di Dewan.

Ini termaktub di bawah Fasal 63 Perlembagaan Persekutuan.



Oleh itu, Wee berkata hari ini bahawa jika syarikat itu berkeras untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, ia seolah-olah memandang enteng surat dari speaker dan institusi parlimen.

“Kita kena cite contempt of parliamentary proceedings (Kita boleh katakan sebagai penghinaan kepada persidangan parlimen),” katanya.

Wee juga berkata dia sebelum ini tidak pernah menyebut nama syarikat yang mengimport telur dari India mahupun mana-mana individu yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Malah katanya, ketika pertama kali mengulas isu itu, dia tidak tahu pun syarikat yang dianugerahkan projek mengimport telur dari India.



Presiden MCA itu menegaskan bahawa dia hanya menjalankan peranannya sebagai wakil rakyat dalam menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu penting apabila bercakap mengenai telur.

“Sebab itu untuk ahli parlimen sana dan sini, kita tetap satu prinsip. Kita sebagai jurucakap rakyat, tak boleh diugut dengan apa cara sekaligus,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker