SPRM tahan empat individu seleweng sukuk lebih setengah billion ringgit

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk pengarah dan ketua pegawai kewangan syarikat semalam bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dalam perjanjian sukuk bernilai RM596 juta yang melibatkan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Menurut sumber SPRM, keempat-empat lelaki yang berumur antara 40 dan 55 tahun itu ditahan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di Putrajaya.

Tiga daripada mereka direman tiga hari selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan yang dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, manakala seorang lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Menurut sumber SPRM, sukuk itu diuruskan oleh sebuah bank tempatan bagi membiayai projek berkenaan.

Menurutnya semua perbelanjaan dan hasil projek itu perlu dimasukkan ke dalam satu akaun khas yang ditetapkan, namun akaun khas itu kemudiannya ditukarkan kepada akaun lain yang dipercayai sengaja diwujudkan pada awal 2022, disyaki bagi mengelakkan daripada pembayaran semula prinsipal dan keuntungan kepada pemegang sukuk.

Sumber itu berkata tindakan mewujudkan satu akaun lain akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit terhadap pemegang sukuk.

Difahamkan, perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat yang dilantik untuk pelaksanaan projek berkenaan dimeterai pada Julai 2011 dengan tempoh selama 12 tahun, dan sukuk berkenaan dijangka mencapai tempoh matang pada Mei 2023.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan, namun enggan mengulas lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009.

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker