Hamzah berhadapan dengan kesalahan OSA jika simpan fail KDN

 

Ketua pembangkang Hamzah Zainudin mungkin melakukan kesalahan  undang-undang jika dia menyimpan sebarang dokumen sensitif sejak menjadi menteri dalam negeri, kata seorang ahli parlimen PKR.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, yang juga seorang peguam, berkata demikian selepas Hamzah mendakwa dia mempunyai “banyak fail” mengenai pemimpin kerajaan semasa dia menjadi menteri.



Hassan berkata fail pejabat menteri adalah harta kerajaan, dan tidak boleh dibawa keluar dari bangunan kerajaan atau disalin dalam apa cara sekalipun.

Selain itu, katanya, menteri juga terikat dengan sumpah jawatan untuk menjaga rahsia, semasa melafazkan taat setia mereka di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

“Kenyataan Hamzah itu bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi dan sumpah rahsia,”

Hamzah mendedahkan aksesnya kepada dokumen sedemikian semasa wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, yang diterbitkan semalam.



“Jangan cari salah saja. Saya boleh cari salah mereka.

“Saya pernah jadi menteri dalam negeri. Saya rasa saya ada banyak fail berkenaan mereka juga, (terpulang) sama ada saya nak gunakannya atau tidak,” kata Hamzah semasa mengulas dakwaan penganiayaan politik oleh kerajaan.

Beberapa pemimpin dari partnya, Bersatu – termasuk presidennya Muhyiddin Yassin – baru-baru ini didakwa atas tuduhan rasuah.

Menurut Hamzah, semua pertuduhan itu bermotifkan politik.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker