Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Pengarah Mohd Khairi Anwar Jailani memberi keterangan berhubung filem kontroversi Mentega Terbang arahannya yang didakwa boleh memesong akidah umat Islam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Khairi yang hadir bersama peguamnya, Zaid Malek dilihat keluar pada jam 12.15 tengah hari selepas lebih dua jam diambil keterangan oleh polis.

“Hari ini kami beri kenyataan dan kerjasama yang baik kepada pihak polis,” katanya.

Turut hadir, salah seorang pelakon Mentega Terbang iaitu, Arjun Thanaraju bersama peguamnya, Mahajoth Singh.

Kes disiasat bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) akta yang sama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia AKMM 1998.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan itu merupakan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.

Seksyen 233 AKMM 1998 pula berkait penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Terdahulu, hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap kandungan filem Mentega Terbang mendapati, terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jakim akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), supaya tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Katanya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), juga diminta memanggil pihak yang terbabit dengan penerbitan filem itu untuk urusan selanjutnya.

Pada 28 Feb lalu, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur menggesa siasatan dilakukan terhadap filem tersebut sekiranya terdapat unsur-unsur bertentangan agama.

Filem itu menjadi bualan hangat kerana mengandungi babak seorang bapa yang menggalakkan anaknya menukar agama jika mahu. Terdapat juga babak remaja Islam ingin makan pau babi serta menyentuh anjing. Mk

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker