Dedahkan sahaja hasil siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan

Apakah adil, keadilan untuk Najib tertangguh? Apakah adil tiada tindakan diambil terhadap Hakim Nazlan sebelum keputusan semakan kehakiman dalam kes SRC Najib diputuskan?

Oleh Norzahira

PENANGGUHAN keadilan buat Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan penganiayaan secara kejam yang “dihalalkan” oleh musuh politik beliau terhadap pemimpin yang tidak bersalah dengan menggunakan undang-undang.

Setiap hari dikira sebagai satu hari lagi tempoh penganiayaan politik berlaku terhadap pemimpin hebat ini.



Oleh itu, laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali perlu segera didedahkan kepada umum.

Memetik hantaran di Facebook Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, sudah 21 hari Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi parlimen) Azalina Othman Said menyatakan laporan siasatan itu sudah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Menurutnya, apakah adil jika tiada tindakan diambil sebelum keputusan semakan kehakiman dalam kes SRC membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak diputuskan.

Puad Zarkashi
“Apakah adil, keadilan untuk Najib tertangguh? Apakah adil tiada tindakan diambil sebelum keputusan semakan kehakiman dalam kes SRC Najib diputuskan?



“Rakyat ingin tahu jika benar siasatan terhadap Nazlan membuktikan memang wujud ‘konflik kepentingan’ dan ‘pelanggaran etika’ yang membolehkan hakim Nazlan didakwa.

“Sebab itu dedahkan sahaja hasil siasatan SPRM itu pada orang ramai. Tahniah Azalina kerana beritahu Parlimen laporan itu telah diserahkan kepada ketua hakim negara dan peguam Negara,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mungkin masih ramai yang samar-samar mengenai fakta kes SRC. Najib telah mengarahkan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan pengurus bank untuk memantau terlebih akaun bank beliau. Dana RM42 juta masuk ke akaun bank tanpa pengetahuan Najib.

Najib juga tidak mengawal akaun bank beliau sendiri. Dua orang pegawai ditugaskan untuk menguruskan akaun Najib. Oleh itu, Najib tidak didakwa meminta atau mengarahkan suapan.



Sebaliknya, Najib dihukum sebab hakim kata ianya bukan hak Najib untuk sedekahkan RM42 juta walaupun dana tersebut memang telah dikhususkan SRC untuk kerja CSR. Untuk makluman, dalam akaun tersebut telah ada duit lain yang bukan milik SRC. Ketika Najib menggunakan duit tersebut, beliau tidak terfikir langsung menggunakan duit SRC memandangkan beliau tidak tahu SRC masukkan jumlah tersebut dalam akaun beliau.

Dan duit tersebut bukan untuk kegunaan peribadi Najib dan bukan digunakan untuk merasuah pengundi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker