Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar

Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan pimpinannya tidak zalim seperti didakwa kerana Belanjawan 2023 yang dibentangkannya jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

Ini kerana, katanya, pemberian dan bantuan kewangan untuk negeri, termasuk yang ditadbir pembangkang, meningkat tahun ini berbanding dahulu.

“Kita cuba sedaya upaya untuk membantu tanpa mengira negeri dan saya akan jelaskan apa yang dibangkitkan. Tapi janganlah pandang atau membawa hujah seolah-olah kita menindas. Mencerca kita dengan mengatakan kita zalim, itu tak tepat.

“Tiga tahun mereka perintah bersama dalam kerajaan, bandingkan tiga tahun belanjawan (mereka) dengan belanjawan yang saya bentangkan, jauh lebih baik tahun ini daripada tahun sebelumnya, termasuk (peruntukan) kepada Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, ” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat.

Beliau memberi contoh Putrajaya memberi peruntukan kepada Kelantan berjumlah RM351.5 juta, Terengganu (RM411.1 juta) dan Perlis (RM154 juta).

Katanya, tidak adil untuk pembangkang membandingkan peruntukan yang diberikan kepada negeri ditadbir mereka berbanding Sabah dan Sarawak.

“Mereka menyertai Malaysia kemudian, kawasan-kawasan desa jauh ketinggalan, jauh lebih teruk dari kawasan miskin.

“Ini bukan soal kepentingan politik, saya konsisten dalam hal ini. Kalau kita belanja RM10 juta, kita kena tambah RM100 juta di Sabah dan Sarawak,” katanya sambil menambah kerajaan turut memberikan peruntukan pembangunan keseluruhan RM6.2 bilion kepada Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis tahun ini.

Rang Undang-undang Perbekalan 2023, yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Anwar, diluluskan di peringkat dasar selepas dibahaskan selama enam hari bermula 27 Feb lalu dan sesi penggulungan oleh setiap kementerian.

Belanjawan 2023, yang dibentangkan Anwar pada 24 Feb lalu, memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM99 bilion untuk belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Menurut takwim di laman Parlimen, RUU itu akan dibahas di peringkat jawatankuasa selama 10 hari mulai Isnin depan. FMT

Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker