‘Rider’ tinggal motosikal selamat budak hampir dilanggar [VIDEO]

Pirapong menerima anugerah susulan tindakannya menyelamatkan kanak-kanak itu dengan pantas. – Khaosod

Seorang penghantar barang di Thailand diberi julukan ‘wira penghantar’ oleh netizen susulan rakaman tular memaparkan dia meninggalkan motosikalnya sebelum bergegas membantu seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang melintas jalan secara tiba-tiba, lapor laman berita Khaosod semalam.

Ketua Polis, Jeneral Damrongsak Kittiprapas turut memuji tindakan Pirapong Chumpolwadee, 31, kerana menyelamatkan budak itu daripada dilanggar kereta.

Piraporng turut diberi penghormatan di bawah program ‘berbuat baik mendapat anugerah’ yang disampaikan oleh polis.

Kejadian itu berlaku di Jalan Sawai Pracharat, bertentangan dengan Sekolah Yamsaard di wilayah Pathum Thani pada 6 Mac lalu. Kamera pengawasan sebuah taman perumahan merakam seluruh kejadian tersebut.

Menurut media tempatan, Pirampong ketika kejadian sedang menghantar barang di hadapan sebuah taman perumahan.

Dia kemudian bergegas meninggalkan motosikalnya dan berlari menyelamatkan kanak-kanak itu setelah terdengar jeritan seorang pengawal keselamatan. Budak itu bernasib baik kerana kereta yang hampir melanggarnya dapat dihentikan.

Kanak-kanak itu kemudian berlari dengan gembira ke arah pengawal tersebut. Mereka saling mengenali antara satu sama lain kerana budak itu adalah anak kepada seorang  pemotong rumput di kompleks perumahan itu.

Peerapong berkata, motosikalnya berada dalam keadaan baik tetapi dua cawan kopi yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan telah tumpah.

Bagaimanapun, kerugian itu ditanggung oleh pemilik kedai setelah Peerapong menjelaskan situasi yang dihadapinya.  – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker