Kenal di WeChat, terus buat ‘projek’

Akhirnya mereka ditangkap berkhalwat

Kenal di WeChat, terus buat ‘projek’

Kulim: Lelaki yang mengenali seorang ibu tunggal melalui aplikasi WeChat, kira-kira tujuh bulan lalu, dicekup berkhalwat di rumah wanita berkenaan di Taman Jelutong, hari ini.

Lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai mekanik itu memberi alasan terpaksa bermalam di rumah wanita berusia 49 tahun itu kerana mudah untuknya berulang alik dari tempat kerja di kawasan itu.

Pasangan itu dicekup berkhalwat sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada 1.42 pagi tadi.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah wanita berkenaan selepas menerima aduan awam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki membuka pintu berkenaan dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.

“Siasatan kemudian menemui wanita terbabit dalam rumah itu dan mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Pemeriksaan juga menemui seorang remaja perempuan dalam bilik berasingan di rumah berkenaan yang juga anak kepada wanita terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anwar Sharifudin berkata, lelaki itu turut memberi alasan yang mereka akan berkahwin pada 18 Mac ini, namun belum membuat sebarang permohonan bernikah.

Katanya, wanita itu pula tidak bekerja dan tinggal bersama anaknya selepas kematian suami.

“Mereka ditahan untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. HM

Kenal di WeChat, terus buat ‘projek’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker