Projek Musang King: Orang Asli dakwa dihalau kelaur dari tanah adat

 

Ratusan penduduk Kampung Sungai Sinju di Simpang Pulai dekat Ipoh mendakwa tanah adat di perkampungan Orang Asli itu telah diceroboh dan mereka diarah meninggalkan kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada projek tanaman durian Musang King oleh sebuah syarikat.

Tok Batin Alang Apok Sitam, 66, berkata seramai 163 penduduk menerima arahan mengosongkan tanah pada 23 Feb lepas yang meminta mereka meninggalkan rumah masing-masing dalam tempoh 30 hari.

“Bukan kami tidak mahu pindah tapi di mana kami mahu berpindah. Di mana-mana pun akan ada projek juga.

“Kampung kami yang telah didiami sejak zaman-berzaman telah diceroboh dan diterokai pihak pemaju tanpa berjumpa dengan saya, pihak tersebut berkata mereka telah mendapat geran bagi kawasan seluas lima ekar dan pengosongan itu bagi menjalankan projek tanaman durian Musang King,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Aduan Pencerobohan Tanah Adat Orang Asli Kampung Sinju kepada wakil Menteri Besar di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh hari ini.

Alang juga berkata projek itu disedari sejak 26 Sept 2022 apabila dua jentera berat yang tidak diketahui pemiliknya bertindak menolak tanah dan menumbangkan pokok di kawasan dusun termasuk buluh dan bertam yang merupakan kegunaan utama penduduk.

Katanya beliau telah menghubungi individu yang mendakwa memiliki tanah itu dan membuat laporan polis serta aduan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Pejabat Tanah namun projek tersebut masih diteruskan.

Justeru, Alang melalui Jawatankuasa Bertindak Kampung Sungai Sinju memohon agar satu perbincangan diadakan dengan kerajaan negeri dan masyarakat Orang Asli bagi menyemak semula pemberian tanah kepada individu berkenaan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ketika dihubungi Bernama memaklumkan beliau telah menerima dokumen berkaitan aduan pencerobohan tanah adat itu.

“Saya baru menerima surat itu hari ini dan telah diminitkan kepada exco berkenaan untuk menyiasat perkara ini,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker