Sabitan bekas kakitangan Goldman bukti penyelesaian 1MDB diragui – Johari

Sabitan bekas kakitangan Goldman bukti penyelesaian 1MDB diragui – Johari

Sabitan jenayah terhadap dua bekas pekerja Goldman Sachs secara konklusif menunjukkan “keraguan” dalam perjanjian penyelesaian 1MDB dimeterai oleh pentadbiran Muhyiddin Yassin dengan bank pelaburan itu, kata seorang Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani bercakap kepada FMT mengenai jangkaan hukuman terhadap bekas jurubank Roger Ng oleh hakim daerah AS Margo Brodie pada 9 Mac.



Ng disabitkan bersalah kerana bersubahat dengan bekas ketuanya, Tim Leissner, dan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, untuk merasuah pegawai kerajaan di Malaysia dan Abu Dhabi bagi memudahkan urusan penipuan bon 1MDB bernilai USD6.5 bilion.

Leissner, yang mengaku bersalah atas pertuduhan sama lebih empat tahun lalu, bekerjasama dengan pihak pendakwa untuk mendapatkan hukuman ringan.

“Kita bersetuju untuk hanya menerima USD2.5 bilion daripada USD6.5 bilion yang dituntut. Bank itu juga bersetuju untuk membantu mendapatkan semula aset tambahan USD1.4 bilion,” kata Johari.

Bekas menteri kewangan kedua itu berkata, jumlah penyelesaian rendah yang dicadangkan menunjukkan ada “sesuatu yang tidak kena” dalam perjanjian itu.



“Kita juga nampaknya berada dalam kebuntuan dengan Goldman Sachs berhubung pemulihan aset, dengan bank setakat ini gagal untuk mendapatkan USD1.4 bilion seperti dijanjikan,” katanya.

“Goldman Sachs jelas mengambil kesempatan daripada kelemahan perunding kita dalam merangka perjanjian itu. Kita tidak boleh biarkan ini berlaku.

“Leissner dan Ng, merupakan sebahagian daripada pengurusan kanan bank, adalah orang penting terlibat dalam penipuan itu. Kesalahan mereka boleh dikaitkan dengan Goldman Sachs untuk memastikan bank itu bertanggungjawab sepenuhnya atas semua kerugian 1MDB.

“Kita tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Kita hanya cuba mendapatkan semula kerugian daripada bank di mana kakitangan seniornya telah disabitkan di AS atas kesalahan mereka.”



Johari juga menggesa kerajaan untuk berhubung dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) AS untuk mendapatkan pemulangan segera dana dilucuthakkan daripada Leissner dan Ng.

“Kita mempunyai kewajipan untuk memastikan dana ini dikembalikan kepada Perbendaharaan secepat mungkin untuk membiayai sebahagian bon bernilai USD3 bilion yang akan dibayar bulan ini,” katanya.

Minggu lalu, Bloomberg melaporkan susulan sabitan kesalahan Leissner, Brodie mengarahkannya menyerahkan kira-kira USD44 juta aset kepada DoJ, terdiri daripada wang tunai USD43.7 juta (RM195 juta) dan 3.3 juta saham bernilai USD313 juta (RM1.4 bilion) dalam syarikat minuman kecergasan Celsius Holdings Inc.

Menurut laporan itu, pihak pendakwa raya meminta hakim untuk melucutkan hak USD35.1 juta (RM157.3 juta) lagi daripada Ng. FMT



Sabitan bekas kakitangan Goldman bukti penyelesaian 1MDB diragui – Johari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama



Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker