Mahathir mungkin presiden baru Putra
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka bakal mengambil alih jawatan presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), yang baru disertainya sebagai penasihat.
Menurut Utusan Malaysia, Presiden Putra Ibrahim Ali akan menyerahkan tampuk pimpinan parti itu kepada bekas pengerusi Pejuang itu dalam rombakan parti akan datang.
Akhbar itu melaporkan ia sekali gus menjawab persoalan mengapa Mahathir diangkat sebagai “ahli nombor satu” Putra, yang sebelum ini disandang oleh Ibrahim.
Bekas ketua Pejuang Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan memberitahu Utusan bahawa Ibrahim kini sedang mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat majlis tertinggi Putra bagi membincangkan peralihan pimpinan itu dan memuktamadkan barisan kepimpinan baru.
“Bercakap tentang Ibrahim, beliau adalah tokoh pemimpin dan penyokong tegar Dr. Mahathir. Beliau sendiri beritahu saya mahu membuat pengorbanan dengan memberi satu saluran berdaftar kepada beliau.
“Ini kerana, Ibrahim yakin dengan mutu kepimpinan Dr. Mahathir dan mampu meluaskan lagi pengaruh parti, sebab itu beliau mahu serah jawatan.
“Jadi, apabila Dr. Mahathir merombak semula parti, Ibrahim cakap akan terima apa sahaja jawatan, asalkan dapat beri sumbangan dan berjuang bersama,” katanya.
Pada 10 Feb, Mahathir mengumumkan bahawa dia dan 12 yang lain keluar dari Pejuang, iaitu parti yang diasaskannya.
Ia selepas Pejuang yang diketuai oleh anaknya, Mukhriz, memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air.
Khairuddin juga menolak dakwaan bahawa Mahathir merupakan punca orang Melayu berpecah kerana sering bertukar parti.
“Ini hanya persepsi, dangkal dan tidak berasas. Kalau tengok wadah perjuangan Tun Mahathir, matlamat akhir beliau hanya menyatu padukan semula orang Melayu,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas pelantikannya sebagai penasihat Putra baru-baru ini, Mahathir yang berusia 97 tahun berkata dia memilih parti itu untuk memperjuangkan hak orang Melayu, yang didakwanya telah hilang kawalan politik dan ekonomi.
Pada PRU lalu, Pejuang termasuk Mahathir dan Mukhriz mencatatkan prestasi terburuk apabila seramai 67 calon yang dipertaruhkannya hilang wang deposit mereka. Mk
Mahathir mungkin presiden baru Putra
Baca Artikel Menarik:
- Bendahari Agung Bersatu direman SPRM
- Duit datang dari mana?, Mahathir soal Anwar
- Fasha Sandha kena belasah?
- Mukhriz jilat ludah sendiri bila memohon menyertai PN
- Ketua Pemuda UMNO kena bawah 40 tahun – Dr Akmal
- Tengku Zafrul kini Ketua UMNO Bahagian Kota Raja
- SPRM tahan Profesor atas dakwaan penyelewengan
- Bekas kekasih dapat suami botak buat lelaki puas hati
- Lelaki tepuk punggung lembu jatuh terbelit tali
- Rumah teres jadi ‘port’ bangunkan laman sesawang, judi dalam talian diserbu
- Banjir Johor: TMJ dan Raja Muda turun santuni rakyat
- Banjir Johor: 42 kampung dan taman perumahan di Kluang tenggelam [VIDEO]
- Wanita muda akui bahagia kahwini lelaki tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri
You must be logged in to post a comment.