Rumah teres jadi ‘port’ bangunkan laman sesawang, judi dalam talian diserbu

IPOH – Tindakan sindiket judi dalam talian menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat di bandar raya ini sebagai pusat membangun dan menyelenggara laman sesawang dan perisian perjudian akhirnya terbongkar selepas diserbu polis semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) selepas risikan dan pemantauan dilakukan selama beberapa minggu di premis berkenaan.

“Hasil serbuan, 10 warga tempatan termasuk seorang wanita berusia antara 15 hingga 40 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. Serbuan dijalankan selepas mendapat maklumat terdapat sebuah rumah yang menjalankan kegiatan pusat panggilan menyalahi undang-undang.



“Pusat panggilan itu menawarkan perkhidmatan membangunkan laman sesawang yang mengumpulkan pelbagai jenis judi dalam talian. Sindiket berkenaan juga menyediakan perisian atas permintaan pelanggan dari dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, sindiket itu menyewa rumah teres di kawasan perumahan bagi mengaburi pihak berkuasa dan semasa serbuan, sebuah komputer riba dan tiga set komputer dirampas bersama 34 unit telefon bimbit, empat modem dan sehelai kertas mengandungi skrip perbualan.

“Remaja lelaki yang ditahan diberi jamin hari ini manakala suspek lain direman dua hari sehingga esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah



Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker