Warga asing besar kepala, caj parkir RM10 di tepi jalan di Zoo Negara [VIDEO]

Tindakan mengenakan caj parkir kenderaan dibahu jalan dengan harga ‘tidak masuk’ akal di Zoo Negara dikecam ramai.

Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok itu memperlihatkan dua orang warga asing mengenakan bayaran sehingga RM10 tersebut terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di sekitar bahu jalan kawasan berkenaan.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Anak Radzon itu meminta agar pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak Zoo Negara yang dikatakan mengenakan caj tersebut.

“Parkir tepi jalan, area Zoo Negara arahan daripada pihak Zoo Negara mohon Majlis (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) siasat,” katanya.

@mrredzul

Di tepi jalan sekitar Zoo NEGARA. menunggu tidak boleh ? parking boleh , RM 10 ! @mpajofficial #fypシ゚viral #fypシ #fypindonesia #fypage #fypageシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypviral #fypforyou #fypforyoupage #fypinfo #fypsounds #fypsarawak #fypmalaysia #fyptiktok #fypdongggggggg #fyp

♬ original sound – Anak Radzon – Anak Radzon

Rata-rata pengguna media sosial juga meminta agar pihak berkuasa tempatan melakukan siasatan terhadap isu berkenaan.

“Kena siasat, kadang-kadang warga tempatan yang suruh mereka. Pihak berwajib sila ambil perhatian,” kata Zalilah.

“Mana kotak parkir kalau nak caj pun?,” Yeron Yaziz.

“Saya dah kena nak tak nak kena bayar, kalau tak dia suruh keluar dari situ fikir nak bawa anak masuk zoo je, tapi terkejut parkir RM10, nak masuk zoo pun jauh,” ujar Tiey.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker