Kerana sebut ‘Pagoh’, Dewan Rakyat kecoh

Kerana sebut ‘Pagoh’, Dewan Rakyat kecoh

Sidang Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan menyebut “Pagoh” ketika menyentuh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISE) dalam ucapannya.

Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin (PN-Larut) mencelah ucapan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) dan mahu wakil rakyat itu mengulangi kenyataan mengenai “menantu” yang disebutnya, agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadapnya.



Situasi tenang bertukar tegang selepas Khoo meminta pembangkang, khususnya Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh), merujuk hansard Dewan Rakyat.

Awang Hashim (PN-Pendang) bangun dan berkata Khoo tidak boleh menyebut “Pagoh” kerana ia menimbulkan sangkaan jahat terhadap Muhyiddin, sambil merujuk kepada Peraturan Tetap 36(6).

“Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain,” kata Awang, sambil menggesa Khoo menarik balik kenyataannya.

Khoo nafi mengeluarkan sangkaan jahat, sebaliknya sekadar memetik laporan akhbar.



“Penjelasan itu memang sudah jelas, saya rasa Pendang (Awang) cuma mengganggu sahaja,” katanya.

Apabila Dewan Rakyat semakin kecoh dengan laungan para wakil rakyat, Timbalan Speaker Alice Lau menutup mikrofon lalu memberi laluan kepada Muhyiddin untuk mencelah.

Pengerusi PN itu, yang sebelum ini menafikan beliau terlibat dalam pemberian kontrak NIISE, menyifatkan tuduhan sebagai “fitnah” untuk menjatuhkan maruah beliau dan keluarganya.

Lau kemudian memerintahkan Khoo menarik balik kenyataan, yang dipatuhi oleh wakil rakyat PH itu.



Muhyiddin sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya beliau terbabit dalam pemberian kontrak NIISE kepada IRIS Corporation Berhad, yang dikaitkan dengan menantunya. FMT

Kerana sebut ‘Pagoh’, Dewan Rakyat kecoh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya



Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker