Tembak zakar anak saudara kerana curi pasir

Tembak zakar anak saudara kerana curi pasir

Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan perbuatan seorang lelaki warga emas menembak kemaluan anak saudaranya sendiri kerana pertikaian melibatkan harta, lapor laman India.com.

Tertuduh yang dikenali sebagai Bhaga, dilaporkan menembak kemaluan anak saudara lelakinya dalam kejadian di bandar Ajmer, negeri Rajasthan.



Bhaga melepaskan tembakan selepas dicabar mangsa, Hameed alias Mehboob yang kemudian dikejarkan ke Hospital Kerajaan Amritkaur selepas keadaannya menjadi semakin parah.

Video yang tular di Twitter itu dirakam sendiri oleh mangsa dalam pada Khamis lalu.

Pertengkaran bermula apabila Bhaga didakwa mengambil pasir dari tanah Hameed tanpa kebenaran.

Setelah dicabar Hameed, Bhaga mengacukan senapang ke arah kemaluan mangsa tanpa berfikir panjang dan melepaskan tembakan.



Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan terhadap kes tersebut. K Online

Tembak zakar anak saudara kerana curi pasir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker