Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu

Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi, 29, memasuki episod baharu apabila dia didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

PETALING JAYA – Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi, 29, memasuki episod baharu apabila dia didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Difahamkan menurut sumber kepada sebuah akhbar tempatan, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz bin Roshdi
menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga.

Difahamkan juga, isterinya bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Shuhada.

Terdahulu, pelakon drama rantaian, Jesnita itu memuat naik gambar sedang menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya seakan-akan memberi gambaran rumah tangga mereka yang dilandai badai sudah kembali teguh.

Hafidz menerusi Instagram juga memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan perkahwinannya dengan isteri.

Pemasalahan rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain yang dikatakan bekas kekasihnya sebelum dia mendirikan rumah tangga.

Lebih memanaskan situasi, muncul seorang wanita bernama Athira Yuhada yang dikatakan l mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.

Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya dalam Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker