Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Soalan :

Sekiranya seseorang itu (lelaki) telah menyuarakan hasratnya untuk mewakafkan sebuah rumah tetapi dia tidak membuat wasiat secara bertulis; sekiranya dia telah meninggal adakah rumah tersebut perlu diwakafkan atau boleh dijadikan harta pusaka. Dan diagihkan kepada anak-anak mengikut sistem faraid.

Perlukan ahli keluarga yang hidup meneruskan wasiatnya sedangkan arwah masih ada isteri dan anak-anak yang mana mereka juga berhak di atas harta tersebut demi meneruskan hidup ini.

Walaupun mereka mempunyai rumah kedua (yang menjadi tempat tinggal sekarang) adakah rumah tersebut perlu diwakafkan juga. Sekian terima kasih.

Jawapan :

Seorang insan sebelum mati boleh membuat wasiat. Pesanan dianggap wasiat jika dia menyebut perkataan yang membawa maksud wasiat. Jika wasiat dibuat secara lisan sahaja tanpa bertulis hendaklah ada orang yang menjadi saksi kebenaran adanya wasiat tersebut.

Jika ada saksi yang sah maka harta tersebut tidak boleh difaraidkan kerana ia menjadi wasiat daripada si mati. Apabila si mati telah mewasiatkan hartanya maka anak isteri sudah tidak mempunyai hak lagi atas harta tersebut. Harta peninggalan yang tidak diwasiatkan boleh difaraidkan seperti biasa. Harta yang sudah diwasiatkan si mati sebelum meninggal tidak boleh diubah wasiat tersebut jika benar. Berdosa hukumnya berbuat demikian. Utv

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker