Dulu lawan, sekarang kawan

Dulu lawan, sekarang kawan

“Dulu UMNO dan DAP kita lawan, sekarang kita jadi kawan,” kata RSN Rayer (PH-Jelutong).

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.



Menjelaskan faktor sehingga terbentuknya hubungan itu, beliau berkata ia disebabkan raja dan negara.

“Demi raja dan negara, UMNO dan DAP akan tetap berkawan. Perikatan Nasional (PN) harus kita lawan,” katanya.

Beliau berkata perpaduan adalah aset berharga bagi negara dan ia perlu dipelihara dan dijaga supaya acuannya tidak rosak.

Katanya, aspek perpaduan sangat penting untuk dijaga kerana masyarakat negara ini terdiri daripada berbilang bangsa, kaum dan agama.



“Saya rasa sungguh risau dengan tindakan yang dibuat oleh satu dua pihak di sebelah sana (pembangkang yang sering kali memulakan, mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung hati sehingga boleh menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat terutamanya kaum tertentu.

“Saya menghormati Yang Berhormat Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang) sebagai tok guru, malahan saya merupakan seorang yang mengikuti perkembangan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Beliau seorang tokoh tersohor yang saya hormati walaupun saya daripada DAP.

“Tetapi alangkah terkejutnya saya apabila pengganti beliau yang boleh dikatakan Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa orang India dan Cina lebih cenderung melakukan rasuah.

“Saya telah membawa perkara ini kepada pihak berkuasa. Perkara itu sedang disiasat dan kenyataan beginilah yang boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat kita sehingga menyebabkan perpaduan tergugat di negara kita,” katanya. BH



Dulu lawan, sekarang kawan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker