Netflix turunkan harga langganan

Netflix turunkan harga langganan

Netflix menyemak semula harga Pelan Asas di Malaysia daripada RM35 sebulan kepada RM28 sebulan.

Dalam satu kenyataan hari ini, penyedia perkhidmatan langganan video ‘over-the-top’ itu berkata, matlamatnya adalah untuk menawarkan pilihan meluas filem dan tayangan berkualiti, disusun khas untuk pelanggan.

Katanya, ahli baharu yang melanggan akan menikmati harga baharu bagi Pelan Asas itu berkuat kuasa serta merta, mulai hari ini.

Ia berkata, kemaskini akan dibuat kepada pelanggan sedia ada dalam beberapa minggu akan datang bagi kitaran bil berikutnya.

“Pelanggan sedia ada akan diberitahu melalui e-mel dan masa sebenar akan bergantung kepada kitaran bil spesifik ahli,” katanya. BH

Netflix turunkan harga langganan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker