Zarina, Khazrul gaduh kerana pagar RM100,000

Zarina, Khazrul gaduh kerana pagar RM100,000

Selepas memberi bayangan hubungan mereka kembali pulih beberapa hari lalu, tiba-tiba ‘perang’ antara Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya kembali meletus berikutan isu pembinaan pagar rumah bernilai RM100,000.

Dedah Zarina, sekarang dia yang menanggung kos pembinaan pagar tersebut selepas ikatan mereka berakhir, justeru dirinya enggan ‘hadiah’ daripada Datuk Seri Khazrul Elzey dijadikan bahan mengungkit dalam media sosial.

Hal ini kerana, kontraktor yang diupah melakukan kerja pemasangan pagar di kediamannya menyatakan Khazrul, 45, hanya melunaskan pembayaran RM30,000, selain masih berhutang sebanyak RM8,000.

Jelas pelakon yang mesra disapa Anju itu, tujuan dia berkongsi maklumat cuma untuk menjelaskan keadaan sebenar, namun tiada niat memalukan bekas tunangnya itu.

“Saya buat video ini untuk menerangkan situasi sebenar, bukan mahu mengaibkan (atau) memalukan awak.

“Pagi tadi (semalam) saya buat video, saya tunjuk dan rekod, cakap dengan kontraktor bukti bahawa awak bayar RM30,000 sahaja.

“RM8,000 ada hutang lagi awak tak bayar pada kontraktor,” katanya menerusi video yang dikongsi dalam Facebook Anju & Zoey.

Luah pelakon Mimpi Moon itu, dia bukan jenis kaki kikis seperti didakwa segelintir pihak yang melihat pagar tersebut sebagai bukti kononnya dia suka meminta-minta.

“Pertama saya nak ‘jelaskan, saya tak pernah minta awak apa-apa kecuali ada satu palet alat solek. Awak nak buat pagar, saya tak nak. Saya ada saksi, keluarga dan kawan.

“Lainlah kalau pagar ini memang saya nak, tapi sekarang saya yang menanggung malu,” katanya lagi.

Pada masa sama, Zarina membuat permohonan maaf, selain berharap ahli perniagaan itu dapat menemui pengganti yang sempurna dan bertudung.

Sebelum itu, selebriti berstatus ibu tunggal itu meminta Khazrul tidak lagi menjadikan hal pagar di kediamannya sebagai ‘content’ media sosial.

Tidak menunggu lama membalas video Zarina, Khazrul dalam nada marah mengeluarkan kenyataan berbaur amaran.

“Saya tak takut langsung dengan dia. Saya tak peduli pun dia ‘public figure’ atau apa. So what?. Kubur macam mana, masuk dalam juga kan?

“Public figure jaga mulut baik-baik. Jangan suka aibkan orang. Banyak aib tu. Saya boleh buka lagi aib dia. Jangan sampai saya ‘telanjangkan’ awak,” katanya yang menganggap tindakan Zarina sebagai biadab.

Kata usahawan itu, dia sebenarnya tidak suka bergaduh kerana lebih selesa ‘low profile’, cuma dia menjadi begitu kerana ada orang yang cuba menjentik kemarahannya.

Berkaitan isu pagar yang dibangkitkan Zarina, lelaki itu menegaskan perkara berkenaan bukan lagi menjadi masalahnya, malah mencadangkan bekas tunangnya itu menjual cincin pertunangan mereka bagi menjelaskan baki RM8,000 kepada kontraktor.

Khazrul yang turut mengumumkan mahu melakukan amal jariah untuk pengikutnya dalam video berkenaan mengakui emosi ditunjukkan dalam perkongsian sebelum itu bukan ditujukan kepada netizen.

“Siapa toksik? Bodoh gila dia ‘post’ dalam IG (Instagram) hina saya. Saya tak bolehlah orang hina-hina. Saya ada maruah,” ujarnya. K Online

Zarina, Khazrul gaduh kerana pagar RM100,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker