PAS Marang serah replika pedang, berkait perarakan HIMPIT kepada polis

PAS Marang serah replika pedang, berkait perarakan HIMPIT kepada polis

Pemuda PAS Marang menyerahkan kepada polis barangan replika dan kostum berkaitan dengan perarakan sempena program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) Jumaat lepas.

Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, ADUN Pengkalan Berangan Sulaiman Sulong berkata, perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda PAS Marang Yusof Abdul Hadi.



“(Kemas kini) terkini, dari Ketua Pemuda PAS Marang Ustaz Yusof Abdul Hadi, Pemuda memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan juga mengucap terima kasih di atas layanan baik yang diberikan oleh pihak polis.

“Barang-barang replika dan kostum yang diperbuat daripada kayu, dan plastik PVC elah diserahkan kepada pihak polis.

“Pemuda kekal tenang. Hanya kepada Allah kami berserah, perjuangan diteruskan,” katanya.

Dilaporkan semalam, polis Terengganu merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung perarakan diadakan di Setiu itu.



Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata, beberapa lagi individu lain turut dipanggil untuk diambil keterangan, termasuk pihak penganjur dan ahli jawatankuasa, bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Menurutnya, setakat ini terdapat tiga laporan polis dibuat berhubung isu tersebut.

Ahad lepas, tular di media sosial gambar sekumpulan lelaki membawa replika berbentuk senjata sambil berarak pada program Pemuda PAS di Setiu.

Difahamkan, perarakan itu diadakan pada acara pembukaan sempena perkumpulan Pemuda PAS negeri itu, yang berlangsung selama dua hari.



Susulan itu, Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari, yang tidak menyertai acara itu, dilaporkan menganggap Pemuda PAS Terengganu berarak bersama pedang, lembing dan perisai sebagai “pelik”.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menyelar perarakan seperti tentera itu dengan berkata, ia bukan sahaja tidak wajar malah boleh menimbulkan keresahan orang ramai. FMT

PAS Marang serah replika pedang, berkait perarakan HIMPIT kepada polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang



Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker