Tak Sangka Simpan Bulu Kemaluan Pun Ada Manfaat? Extra: Risiko Bercukur Yang Anda Perlu Tahu!

Menyimpan bulu kemaluan mempunyai kelebihannya tersendiri. Salah satu manfaat simpan bulu kemaluan adalah ia mempunyai fungsi untuk mengurangkan geseran semasa melakukan hubungan seks.

Selain mempunyai banyak manfaat menyimpannya, terdapat juga beberapa risiko yang akan dialami apabila bulu kemaluan dicukur. Jom ikuti perinciannya di bawah.

FUNGSI BULU KEMALUAN

manfaat simpan bulu kemaluan

Gambar hiasan: Pinterest.



MANFAAT SIMPAN BULU KEMALUAN

Sebenarnya, terdapat beberapa manfaat menyimpan bulu kemaluan seperti dilaporkan dalam halaman Healthline dan Romper. Antaranya, dapat mengurangkan geseran sewaktu persetubuhan, perlindungan daripada bakteria dan sebagainya.

1. MENGURANGKAN GESERAN

manfaat simpan bulu kemaluan

Gambar hiasan: GettyImages.

Kulit di kawasan kemaluan adalah halus. Bulu kemaluan bertindak seperti penampan pelindung, mengurangkan geseran semasa hubungan seks dan aktiviti lain.



Terdapat sesetengah sumber menyatakan bulu kemaluan sebagai “pelincir kering”. Hal ini kerana, lebih mudah menggosok rambut dengan rambut daripada menggosok kulit dengan kulit.

Bulu kemaluan juga boleh menghangatkan alat kelamin, yang merupakan faktor penting dalam rangsangan seksual.

2. PERLINDUNGAN DARIPADA BAKTERIA & PATOGEN LAIN

Bulu kemaluan mempunyai fungsi yang serupa dengan bulu mata atau bulu hidung, di mana ia memerangkap kotoran, serpihan dan mikroorganisma yang berpotensi berbahaya. Di samping itu, folikel bulu rambut menghasilkan sebum iaitu minyak yang sebenarnya menghalang bakteria daripada membiak.

Ia berikutan bulu kemaluan boleh melindungi daripada jangkitan tertentu, termasuk:



  • Selulitis.
  • Jangkitan kelamin (STI).
  • Jangkitan saluran kencing (UTI).
  • Vaginitis.
  • Jangkitan yis.

3. TANDA AKIL BALIGH

Bulu kemaluan muncul semasa akil baligh. Ia merupakan tanda fizikal seseorang itu sudah menjangkau kematangan seksual iaitu keupayaan seseorang untuk melakukan pembiakan.

4. PASANGAN JADI LEBIH TERTARIK KEPADA ANDA

manfaat simpan bulu kemaluan

Gambar hiasan: Pinterest.

Walaupun motivasi untuk membuang bulu kemaluan biasanya kelihatan lebih menarik secara konvensional, bercukur mungkin sebenarnya mempunyai kesan sebaliknya pada tahap biologi.



Dweck menjelaskan, “bulu kemaluan berkemungkinan memerangkap feromon, bahan kimia yang memberikan ‘haruman sendiri’ dan mungkin mempunyai peranan dalam tarikan pasangan.” Apabila anda mencukurnya, badan tidak dapat memerangkap feromon tersebut yang bertujuan untuk membuatkan pasangan mahu melakukan hubungan seks dengan anda seperti dijelaskan oleh Medical News Today.

Menyimpan bulu mungkin menambahkan sedikit percikan pada dunia keintiman anda.

5. TIDAK SAKIT APABILA PASANGAN MENYENTUH ANDA

Ramai orang berfikir bercukur atau pelilinan sebelum proses keintiman akan jadi lebih menyeronokkan, tetapi ia sebenarnya boleh memberi kesan sebaliknya.

“Sejurus selepas mencukur bulu mungkin terdapat sedikit kerengsaan kulit…Itu boleh [membuat] tisu sensitif lebih terdedah kepada rasa rengsa, terbakar, atau gatal apabila disentuh atau diusap,” ulas Doktor Perubatan, Doktor Felice Gersh, kepada Romper.



RISIKO MENCUKUR BULU KEMALUAN

Melalui portal Healthline, terdapat beberapa risiko yang akan anda alami sekiranya mencukur bulu kemaluan. Jadi, berwaspadalah.

manfaat simpan bulu kemaluan

Gambar hiasan: GettyImages.

1. KECEDERAAN

Kecederaan ketika merapikan bulu kemaluan adalah sangat biasa. Berdasarkan data daripada tinjauan 2013 dalam kajian 2017 mendapati, luka adalah kecederaan yang paling kerap dilaporkan dengan luka bakar dan ruam. Terdapat sesetengah kes yang sangat jarang berlaku, di mana kecederaan ini memerlukan perhatian perubatan.



2. JANGKITAN

Seperti dinyatakan di atas, bulu kemaluan berfungsi sebagai perlindung dengan memerangkap patogen dari memasuki badan. Menghilangkan bulu kemaluan boleh menjadikan seseorang lebih mudah terdedah kepada jangkitan yang lazim seperti Jangkitan Saluran Kencing (UTIs), vaginitis dan jangkitan yis.

Penyingkiran bulu juga boleh merengsakan kulit anda yang membawa kepada jangkitan kulit seperti selulitis dan folikulitis. Dalam kes lain, kecederaan berkaitan dengan dandanan seperti luka, ia boleh dijangkiti.

3. ABSES

manfaat simpan bulu kemaluan

Gambar hiasan: Google.

Seperti bisul, abses cenderung berkembang daripada kerengsaan yang disebabkan oleh kaedah penyingkiran bulu tertentu (bercukur atau waxing).

Abses adalah jangkitan dalam, di bawah kulit yang menyebabkan sakit, bengkak dan kemerahan.

4. BISUL DARI BAKTERIA STAPH

Dalam kes yang jarang berlaku, penyingkiran bulu mungkin mengakibatkan pertumbuhan bisul di kawasan kemaluan anda. Bisul boleh tumbuh daripada kerengsaan kulit dan jangkitan, seperti selulitis dan folikulitis.

Bisul biasanya bermula sebagai benjolan merah tepat di bawah permukaan kulit. Ia mungkin dipenuhi dengan nanah dan bisul tidak sedalam abses.

KESIMPULANNYA

Setiap orang mempunyai bulu kemaluan, jadi terpulang kepada anda untuk cukur atau tidak. Ia terletak pada kehendak masing-masing.

Sesetengah orang lebih suka membiarkannya tumbuh, manakala ada yang gemar merapikannya, bercukur atau melakukan pelilinan (waxing). Apa yang ingin anda lakukan terpulang kepada diri sendiri.

Sumber: Healthline / Romper

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker