Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi

Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi

Kos penyelenggaraan kereta menteri pada 2020, iaitu ketika era pentadbiran Muhyiddin Yassin, direkodkan berjumlah RM672,000, lebih tinggi daripada tahun-tahun berikutnya, menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pada 2021, kos penyelenggaraan kenderaan menteri berjumlah RM478,991.50, manakala bagi 2022 sebanyak RM450,690.66.



Anwar yang juga menteri kewangan berkata, jumlah keseluruhan bagi tempoh 2020 hingga 2022 melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1.601 juta.

“Menteri-menteri persekutuan dibekalkan dengan kenderaan rasmi jawatan (KRJ) model Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021 bagi menggantikan model Proton Perdana 2.4L yang dihentikan pengeluaran.

“Kerajaan membayar kos pajakan bulanan yang terdiri daripada kos sewaan serta kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi setiap KRJ tersebut,” kata Anwar dalam jawapan bertulis Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Chong Zhemin (PH-Kampar) yang meminta menteri kewangan menyatakan secara terperinci jumlah kos penyelenggaraan kesemua kereta menteri dari 2020 hingga 2022.



Muhyiddin membentuk Jemaah Menteri pada 10 Mac 2020, selepas beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 pada 1 Mac 2020.

Jemaah Menteri Muhyiddin dianggotai 32 menteri dan 38 timbalan menteri. Namun, kerajaan campuran yang diterajui Bersatu itu dibubarkan pada 16 Ogos 2021.

Ismail Sabri Yaakob dari Umno kemudian dilantik sebagai perdana menteri seterusnya pada 21 Ogos 2021, namun hanya bertahan selama 11 bulan sebelum Parlimen dibubarkan pada 10 Okt 2022 untuk memberi laluan kepada PRU15. FMT

Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis



Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker