Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Untuk Pelajar Seluruh Negara

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Siew Pui Yi atau lebih dikenali sebagai Ms Pui Yi, berumur 24 tahun. Wanita cantik yang berasal dari Malaysia ini merupakan seorang model pakaian, sosial media influencer, content creator, youtuber dan juga seorang usahawan. Di instagram, Pui Yi kini cecah 20 juta pengikut dan menjadi salah seorang yang berpengaruh di media sosial.

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta VIA instagram ms_puiy

Pui Yi yang berasal dari latar belakang keluarga yang kurang bernasib baik, Sentiasa berharap agar mendapat bantuan kewangan tambahan untuknya melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.



Ingin Memberi Balik Apa Yang Dia Dapat Kepada Masyarakat

Dia mempunyai cita-cita yang tinggi untuk sambung belajar dalam bidang perubatan. Justeru, dia juga berkerja dengan lebih gigih untuk menggumpul wang. Namun apa kan daya, segala impian dan harapannya untuk menjadi Doktor Pakar bedah terkubur dek kerana tidak dapat menyediakan dana dan biasiswa secukupnya.

Ini sentiasa menjadi sesuatu yang saya harapkan untuk membuat perubahan satu hari nanti, saya ingin memberi peluang yang sama kepada pelajar yang layak tetapi tidak mampu untuk membayar pendidikan mereka. – kata Pui Yi

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta
VIA instagram ms_puiy

Di dalam video instagram miliknya, Pui Yi menyatakan hasratnya untuk memberi biasiswa berjumlah Rm4.3 Juta. Khas kepada pelajar seluruh Negara, Yang tidak berkemampuan bagi meneruskan pelajaran dalam bidang yang mereka minati. Dia menyifatkan bantuannya ini sebagai tanda penghargaan atas apa yang dia kecapi selama ini.

Dia juga tidak mahu masih ada lagi pelajar yang bercita-cita tinggi untuk tidak sambung belajar disebabkan kekurangan kewangan. Jadi jika anda berminat, Boleh hantarkan permohonan ke www.mspuiyischolarship.com





Abang Ira Kazar pula, Puteri Sarah pasrah

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Anisha Isa-Kalebic – Kekasih Putera Mateen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker