Kalau YB sabar, ada berita baik dari SPRM – Anwar

Kalau YB sabar, ada berita baik dari SPRM – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan ada pemimpin yang akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bercakap dalam Parlimen hari ini, Anwar berkata, terdapat ketirisan semasa pemerintahan ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN)



Beliau menjawab soalan daripada Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya).

“Ada kebenaran semasa kerajaan Barisan Nasional dahulu ada ketirisan dan kes-kes terlibat seperti 1MDB. Tapi masa pemerintahan PN, kerosakan banyak juga ini termasuk perbelanjaan jana wibawa, projek tebatan banjir, beberapa ketirisan lain dalam siasatan.

“Ada yang bertanya mengapa belum siasat seperti yang saya sebut itu urusan SPRM dan badan-badan penguat kuasa. Kalau YB sabar mungkin dalam masa yang terdekat ada berita baik… untuk rakyat,” sinis Anwar.

Dalam pada itu, beliau berkata, penumpuan SPRM adalah terhadap ‘jerung’ berbanding banyak masa digunakan untuk menangkap ‘ikan bilis’ sebelum ini.



Kes berskala besar yang disiasat termasuk skandal projek air di Sabah yang melibatkan RM3.3 bilion melalui Ops Water.

Setakat ini, pemulihan aset yang berjaya diselamatkan bernilai RM63 juta dan kes masih dimahkamah.

“Kedua sindiket bitcoin mencuri bekalan elektrik dengan kerugian sehingga RM2.3 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2021 melalui Ops Power. Ketiga tuntutan palsu dana insentif semasa PKP Covid-19 Program Penjana Kerjaya telah diselamatkan RM426 juta.

“Sindiket pengurangan saman trafik melibatkan kelompok kartel dalam JPJ yang melibatkan jutaan ringgit,” kata Anwar yang menjawab soalan Lo Su Fui (GRS-Tawau).



Sementara itu, Anwar berkata, tidak ada sebarang masalah untuk seorang perdana menteri turut menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Beliau menegaskan, ia hanya menjadi masalah apabila individu terbabit menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri.

“Soal sama kedudukan PM dan Menteri Kewangan itu menjadi masalah, saya nak sebut dalam sejarah kita sama ada digabung atau tidak, bukan masalah.

“Masalahnya ialah guna kedudukan untuk rompak harta rakyat. Ini terpakai di banyak kalangan. Yang bersih sama ada belah sini, belah sana jangan bimbang.



“Tapi yang terpalit dengan rasuah itu harus merasa tertekan dan bimbang,” tegasnya.

Perdana Menteri berkata, beliau bertekad untuk menggunakan segala usaha untuk menggelak dan menghalang khianat dari segi rasuah yang berleluasa. MG

Kalau YB sabar, ada berita baik dari SPRM – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar



Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker