Baru seminggu kahwin, suami maut selepas langgar lubang jalan

Baru seminggu kahwin, suami maut selepas langgar lubang jalan

TEMERLOH: Usia perkahwinan baru seminggu dengan inai masih merah di jari, namun Azimah Zahari, 31, kehilangan suaminya selepas terbabit kemalangan di Jalan Jerantut-Temerloh dekat Kampung Lubuk Kawah di sini, semalam.

Dalam kemalangan itu, suaminya Hairul Hafizi Mursid, 34, meninggal dunia selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya akibat terlanggar lubang pada kira-kira jam 10 malam.

Mangsa yang juga penolong penyelia pasar raya, di sini, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh kira-kira 10 minit selepas dimasukkan ke hospital.

Kejadian yang menimpa mangsa itu tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang sedih dengan tragedi berkenaan.

Azimah berkata, mereka melangsungkan perkahwinan pada 4 Februari lalu.

“Kemalangan itu berlaku ketika saya dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah di FELDA Jengka 17 selepas tamat waktu bekerja.

“Selalunya kami pulang bersama, tetapi semalam, suami menunggang sendirian kerana mahu memperbaiki motosikalnya, manakala saya yang memandu kereta mengikutinya dari belakang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kemalangan berlaku di laluan berselekoh dan berbukit dengan jarak kereta dipandunya dengan motosikal dinaiki suaminya agak jauh.

“Saya melepasi tempat suami terjatuh, tetapi berpusing semula selepas saya kenal dengan warna motosikal itu,” katanya.

Azimah berkata, suaminya yang terjatuh kerana terlanggar lubang ketika itu mengerang kesakitan sebelum dihantar ke hospital dengan ambulans dan disahkan meninggal dunia 10 minit selepas itu.

Susulan itu, beliau menggesa pihak berwajib menyelenggara jalan rosak dengan segera bagi mengelak kejadian sama menimpa orang lain.

“Jalan berlubang itu memang menjadi laluan kami setiap hari. Sebelum ini, memang ada kemalangan berlaku yang menyebabkan mangsa parah akibat patah tangan dan kaki,” katanya.

Sementara itu, tinjauan dilakukan di lokasi kejadian hari ini mendapati laluan berlubang itu sudah diturap. BH

Baru seminggu kahwin, suami maut selepas langgar lubang jalan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker