Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis

Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis

Ahmad Fadhli Shaari semalam “mengecam sekeras-kerasnya” penggantungan terhadap atlet hoki negara Hanis Nadiah Onn daripada mewakili pasukan kebangsaan dalam pertandingan antarabangsa termasuk Sukan SEA Kemboja 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Belia dan Sukan Ahli Dewan Rakyat PN itu menganggap tindakan itu sangat keras berbanding dengan kesalahan yang didakwa dilakukan Hanis Nadiah.

“Tindakan ini sangat keras berbanding kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Hanis Nadiah, apatah lagi dia sendiri telah memohon maaf secara terbuka terhadap ciapan yang dibuatnya dan memadam komen tersebut,” katanya.

Bahkan jurulatih atlet itu sendiri menyatakan bahawa dia memiliki ramai rakan hoki dalam kalangan bangsa India dan mereka bergaul rapat tanpa masalah ekoran sifatnya yang mudah mesra dengan rakan sepasukan.

“Ini bermaksud apa yang ditulis langsung tidak mempunyai niat untuk membangkitkan elemen perkauman dan rasis seperti yang didakwa oleh sebahagian netizen,” katanya lagi.

Sementara itu Ahmad Faizal Azumu menyifatkan penggantungan pemain hoki negara Hanis Nadiah Onn daripada mewakili negara sebagai tepat pada masanya.

“Penggantungan ini merupakan peringatan yang tepat pada masanya kerana komen berbaur perkauman tersebut tiada ruang dalam masyarakat Malaysia yang berbilang-kaum.

“Rasa hormat antara satu sama lain adalah asas paling penting kepada masyarakat kita, dan sebagai seorang pemain hoki kebangsaan, Hanis harus bertanggungjawab atas komen tersebut,” katanya.

Komen timbalan presiden Bersatu berbeza nada sama sekali dengan Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Belia dan Sukan Ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari.

Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker