UFC 254: Khabib kekalkan kejuaraan lightweight UFC, umum persaraan, Janji kepada ibu, ketiadaan ayah di sini… antara sebab Khabib bersara

SELEPAS kemenangannya ke atas Justin Gaethje pada aksi UFC 254 pada Ahad, bintang UFC Khabib Nurmagomedov mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan persaraannya.

Juara lightweight UFC itu membuat keputusan untuk bersara dari sukan MMA ketika dia sedang berada di kemuncak kariernya.

Petarung berusia 32 tahun itu mendedahkan, dia telah berjanji dengan ibunya bahawa pertarungannya dengan Gaethje itu adalah pertarungan terakhir untuknya.

 

FILE PHOTO: MMA – UFC 242 – Khabib Nurmagomedov v Dustin Poirier – Men’s UFC Lightweight title – Yas Island, Abu Dhabi, United Arab Emirates – September 7, 2019 Khabib Nurmagomedov reacts after winning his match against Dustin Poirier REUTERS/Christopher Pike/File Photo

BACA: UFC 254: Khabib kekalkan kejuaraan lightweight UFC, umum persaraan

“Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu selama tiga hari.

“Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya,” katanya ketika ditemu bual sejurus selepas perlawanan tersebut.

Selain itu, Khabib turut memberi bayangan dia tidak mungkin dapat bertarung tanpa ayahnya, Allahyarham Abdulamanap Nurmagomedov di sisinya.

Ini kerana, ayahnya itu turut memainkan perasan besar melatih dan menjadi guru serta pendorong untuknya ketika di gelanggang pertarungan.

BACA: Bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia

“Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. Tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah saya,” kata jaguh dari Dagestan, Rusia itu sambil menitiskan air mata.

Khabib berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Gaethje dari Amerika Syarikat.

Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi itu, Khabib menumpaskan Gaethje menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua.

Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib dan kini dia bersara dengan rekod cemerlang 29 kemenangan tanpa kalah-Awani

“Khabib akan menang! Saudaraku! ungkap InshaAllah!” – Christiano Ronaldo [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker