Khairy kini DJ Hot FM

Khairy kini DJ Hot FM

Media Prima Audio (MPA) hari ini mengesahkan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin akan memulakan tugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM Rabu depan.

MPA dalam satu kenyataan berkata, Khairy akan mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular itu, mulai 15 Februari ini.



Menurut laporan Berita Harian, Khairy mengesahkan akan menyertai Hot FM dalam temu bual menerusi telefon di segmen Bekpes Hot.

Kenyataan MPA menyebut minggu lalu tawaran Hot FM kepada Khairy dibuat menerusi surat terbuka di Instagram berhubung jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Tambah MPA, selaras dengan ‘tagline’ stesen radio Hot FM iaitu ‘Yang Hangat dan Terbaik’, pihaknya berharap kehadiran Khairy bersama tonggak utama Bekpes Hot dapat memberikan suntikan baru kepada stesen radio itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata peluang menawarkan Khairy sebagai penyampai radio diambil Hot FM bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot lebih segar dan relevan kepada pendengar.



“Khairy atau KJ bukan sahaja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.

“Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.

“Pengisian dan kandungan segmen akan diolah untuk menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar,” katanya.

Khairy sebelum ini berkhidmat selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Rembau sebelum tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada R Ramanan dari PKR dalam persaingan merebut kerusi parlimen Sungai Buloh.



Selain menerajui Kementerian Kesihatan, dia juga pernah menjadi menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta menteri Belia dan Sukan. Mk

Khairy kini DJ Hot FM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol



Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker