Muda merungut tak dipanggil ke mesyuarat parti kerajaan

Muda merungut tak dipanggil ke mesyuarat parti kerajaan

Ikatan Demokrasi Malaysia (Muda) mengeluh mereka tidak diundang ke mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur, malam tadi.

Bukan itu saja, mereka juga berkata tidak dimaklumkan langsung berkaitan perkara itu.



“Khabarnya semalam berlangsung mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Nampak ada logo Muda. Tapi tak tahu apa-apa

“Tak ada jemputan. Tak ada makluman. Tahu-tahu dah ada keputusan,” kata Setiausaha Agung Muda Amir Abd Hadi.

Selepas mesyuarat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan semua parti kerajaan memberikan komitmen untuk bekerjasama dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Sekretariat itu juga menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Kerusi, Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik, dan Jawatankuasa Komunikasi Strategik.



Jawatankuasa Komunikasi Strategik ditubuhkan bagi menjelaskan salah faham dan “fitnah melampau” terhadap kerajaan.

Menulis di Twitter dia berkata sekurang-kurangnya Muda harus dimaklumkan berkaitan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu.

“Mungkin sekurang-kurangnya, boleh bagi taklimat hasil mesyuarat?” soalnya.

Mesyuarat malam tadi amat bersejarah bagi Anwar sendiri kerana itulah kali pertama dia menjejakkan kaki ke bangunan Umno sejak dipecat 25 tahun lalu.



Bagi DAP pula, musuh tradisi Umno sebelum ini, itu ialah yang pertama buat mereka. Mk

Muda merungut tak dipanggil ke mesyuarat parti kerajaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad



Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker