Perhimpunan JPM selesa, penjawat awam tidak perlu berdiri bawah panas

Perhimpunan JPM selesa, penjawat awam tidak perlu berdiri bawah panas

Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Februari 2023 dilihat memberi keselesaan kepada penjawat awam apabila buat pertama kalinya diadakan dalam dewan tertutup berhawa dingin.

Keadaan itu sekali gus meninggalkan tradisi bertahun-tahun perhimpunan bulanan warga JPM di mana secara kebiasaanya diadakan di kawasan lapang di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra.

Pada majlis perhimpunan pada bulan lalu, Anwar meluahkan rasa bersalah dan simpati apabila melihat kakitangan awam yang berdiri di bawah terik matahari ketika beliau menyampaikan ucapannya.

Ketika itu, beliau bertanya kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sama ada perhimpunan itu mesti diadakan di kawasan terbuka kerana beliau berasa tidak selesa untuk berucap terlalu lama akibat cuaca yang semakin panas.

“Tahniah kepada Tan Sri KSN. Beliau mengambil sedikit masa untuk memikirkan (dewan). Mesyuarat diadakan dua kali untuk menentukan di mana perjumpaan ini boleh berlangsung,” katanya ketika memulakan ucapannya tadi. K Online

Perhimpunan JPM selesa, penjawat awam tidak perlu berdiri bawah panas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker