Tunjuk kemaluan, lelaki dicekup polis

Tunjuk kemaluan, lelaki dicekup polis

YAN: Lelaki yang dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada dua wanita bersaudara ketika menunggang motosikal akhirnya ditahan polis, tidak sampai lima jam selepas kejadian di Batu 22, Teroi, dekat sini.

Suspek dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 sambil menunjukkan kemaluannya kepada dua mangsa terbabit yang ketika itu sedang menunggang motosikal Ego Solaris.



Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Yan jam 5.45 petang tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahnaz berkata, pengadu iaitu wanita yang berusia 27 tahun bersama anak saudara perempuan berumur 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan atau kerugian.

Dalam kejadian pagi tadi, dua wanita bersaudara cemas apabila terserempak dengan lelaki yang menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal.



Kejadian jam 11.30 pagi ketika Nur Wahida Ahmad dan anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini, selepas mengikuti kursus kulinari di Guar Chempedak. BH

Tunjuk kemaluan, lelaki dicekup polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya



Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker