Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Seorang lelaki ditahan polis selepas mencabul kakak iparnya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Tasik Permai, Ampang, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa wanita bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 38 tahun itu dicabul suspek berusia 32 tahun yang juga merupakan penganggur kira-kira pukul 1 pagi tadi.



Katanya, kejadian itu berpunca daripada pertengkaran di antara suami mangsa dengan suspek sebelum wanita berkenaan diraba dan diminta untuk melakukan seks oral.

“Daripada pertengkaran itu, kemudiannya suspek terus datang ke arah pengadu terus meraba payudara mangsa serta membuka seluarnya dan mengarahkan mangsa untuk menghisap kemaluannya.

“Mangsa hanya berdiam diri, tetapi suspek memukul pengadu di kepala. Semasa kejadian dipercayai suspek dalam keadaan mabuk,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek turut membuat ugutan jenayah terhadap abang kandungnya dengan meletakkan serpihan kaca di bahagian leher.



Tambahnya, permohonan reman terhadap suspek tidak dapat dilakukan berikutan mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” ujarnya. K Online

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib



Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker