Axia baharu lebih mahal tapi ini yang menanti anda

Axia baharu lebih mahal tapi ini yang menanti anda

Sasaran jualan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) tahun ini mampu dicapai dengan pelancaran model serba baharu Axia bulan ini.

Penganalisis MIDF Research, Hafriz Hezry, berkata Axia serba baharu dibuka tempahannya Selasa lalu menjelang pelancaran rasmi pertengahan Februari.



Beliau berkata, Axia adalah pemacu volum ketiga terbesar PERODUA, merangkumi kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) pengeluar kereta kompak nasional itu.

“Mengikut laporan berita, Axia serba baharu mungkin berharga lebih tinggi berbanding model yang dihentikan pengeluaran, namun dengan ciri-ciri tambahan dan teknologi lebih canggih, terutamanya dari segi sistem keselamatan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

PERODUA baru-baru ini memperkenalkan Axia serba baharu yang dijual bermula RM38,600 hingga RM49,500 seunit, ditawarkan menerusi empat pilihan varian iaitu G, X, SE dan AV.

PERODUA baru-baru ini mendedahkan sasaran jualannya bagi 2023, dengan satu lagi rekod tertinggi baharu sebanyak 314,000 unit, 11,000 lebih tinggi berbanding rekod sebelum ini 282,019 unit yang dicatatkan tahun lalu.



Sejajar dengan tinjauan jualan yang memberangsangkan itu, PERODUA menjangkakan TIV industri pada 2023 akan kekal di atas 700,000 unit, lebih tinggi berbanding unjuran 650,000 unit yang dibuat oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan 678,000 unit oleh MIDF Research.

Hafriz berkata, tempahan tertunggak PERODUA ketika ini berada pada 220,000 unit, merangkumi 70 peratus daripada sasaran jualan bagi 2023.

“Sehubungan itu, kami percaya sasaran rekod jualan pada 2023 adalah realistik. Ini ditambah dengan kadar pembatalan yang rendah sebanyak dua peratus dan akan diperkukuhkan lagi dengan pelancaran Axia bulan ini.

“Lebih 90 peratus tempahan tertunggak terdiri daripada tempahan pasca pengecualian cukai, memberi isyarat momentum permintaan berterusan walaupun tempoh cuti cukai berakhir pada 30 Jun 2022,” katanya.



Beliau berkata, MIDF menjangkakan TIV pada tahun ini akan kekal tinggi dengan kemungkinan boleh menguji semula rekod pada 2022 berikutan jumlah tempahan tertunggak yang tinggi dan momentum tempahan baharu yang masih kukuh.

“Memandangkan PERODUA adalah peneraju industri dengan penguasaan kira-kira 40 peratus pasaran, TIV syarikat itu akan mempunyai penentu kepada keseluruhan industri,” katanya. BH

Axia baharu lebih mahal tapi ini yang menanti anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen



Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker