Orang beri kontrak pada anak, menantu kini cakap tentang ketelusan – Anwar

Orang beri kontrak pada anak, menantu kini cakap tentang ketelusan – Anwar

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya sebagai penasihat, dia berasa tidak wajar pihak yang pernah “memberikan kontrak kepada anak menantu” turut menyatakan bangkangan mereka.

Kata perdana menteri, pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kewangan dan ekonomi tidak akan melibatkan salah guna kuasa, atau memperkaya mana-mana pegawai serta pemimpin kerajaan.



Menurut Anwar bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu hanya dilantik untuk membantu kerajaan termasuk memastikan segala proses pemberian kontrak dan tender dilakukan secara teratur.

Jika yang mengkritik pelantikan itu ikhlas, katanya, dia tidak ada masalah untuk mendengar kerana mereka mahu memastikan tiada amalan tidak sihat berlaku dalam kerajaan.

“Tapi orang yang kritik ini termasuk orang yang memberi kontrak kepada anak dia, tak apa pulak?

“Ada (pelantikan) yang ada gaji tapi tak ada kerja banyak seperti penasihat dan duta-duta (khas), macam-macam…. itu kita harus bezakan,” katanya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.



Walaupun tidak menamakan sesiapa dalam sindirannya itu Anwar dipercayai membuat kenyataan tersebut dengan merujuk kepada kerajaan sebelum PRU ke-15 lalu.

Menurut ahli parlimen Tambun itu, dia memberi jaminan pentadbiran sekarang akan tidak bertolak ansur dengan sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa.

“Tidak wajar bagi orang yang memberikan ratusan juta kontrak kepada anak dan menantu – ada yang mencecah billion ringgit semasa jadi PM (perdana menteri) dan sekarang cuba nak cakap tentang ketelusan,” katanya.

Malaysiakini pada 29 Jan lalu melaporkan Nurul Izzah dilantik menjadi penasihat kanan kewangan dan ekonomi di Pejabat Perdana Menteri. Bagaimanapun jawatan itu tidak dibayar gaji.



Nurul Izzah, 42, pula memberitahu antara tugasnya ketika ini ialah melakukan proses libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuk orang ramai, untuk Belanjawan 2023.

Langkah itu mendapat reaksi negatif sesetengah pihak, termasuk daripada kalangan penyokong kerajaan, yang menganggap ada cara lain boleh dilakukan kerajaan untuk memberi ruang kepada bekas naib presiden PKR berkenaan menyumbang kepada negara.

Baca Belum 100 hari Anwar dah khianati perjuangan reformasi – Muhyiddin

Menurut Anwar kerajaan tidak akan membenarkan pelantikan Nurul Izzah membawa kepada salah guna kuasa, mendapatkan kontrak atau menerima upah yang tinggi.



“Ini tidak akan berlaku,” katanya.

Tambah Anwar lagi jawatan yang diberikan kepada Nurul Izzah adalah berkaitan dengan Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Kewangan (MOF) namun tidak diberikan sebarang ganjaran.

Ditanya sama ada Nurul Izzah turut mempunyai jawatan dan pejabat di MOF, Anwar – yang juga menteri kewangan – berkata anaknya itu hanya bertugas membantunya.

“Tapi saya rasa kena carilah pejabat untuk dialah. Tak ada pejabat pun tak boleh kut,” katanya. Mk



Orang beri kontrak pada anak, menantu kini cakap tentang ketelusan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)



Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker