Bersatu dedah penyata akaun, tuntut PKR, DAP buat perkara sama

Bersatu dedah penyata akaun, tuntut PKR, DAP buat perkara sama

Bekas ketua setiausaha sulit kepada Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad menyiarkan penyata akaun Bersatu bagi tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Bersatu, Marzuki menyeru PKR dan DAP untuk melakukan perkara sama.

“Bagi yang tuduh Bersatu terima RM4 bilion dari RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi boleh lihat penyata akaun parti tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit.

“Akaun yang diaudit ini telah dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu. Ia telah difailkan di ROS dan merupakan dokumen awam. Tak boleh tipu punya,” kata Marzuki dalam satu kenyataan di laman web Bersatu.

Berkenaan tuduhan Bersatu memperolehi sebanyak RM4 bilion, Marzuki mengingatkan bahawa Muhydidn menjadi perdana menteri pada 1 Mac 2020 dan meletak jawatan pada 16 Ogos 2021.

“Kalau RM4 bilion masuk dalam akaun Bersatu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin letak jawatan hebat betullah Bersatu,” katanya.

Tambahnya penyata kewangan Bersatu bagi tahun 2022 itu akan dibentangkan pada Mac.

“Bolehlah sama-sama kita lihat ada tak RM4 bilion tu,” tambahnya.

Marzuki berkata Umno mempunyai RM192 juta ketika akaun parti itu dibekukan pada tahun 2018.

“Itu mungkin baki perbelanjaan PRU 14.

“Baki ya tuan-tuan, atau “loose change”,” katanya.

Dalam pada itu Marzuki juga menuntut supaya PKR dan DAP mendedahkan akaun mereka.

“Dah alang-alang tengok akaun Bersatu, mungkin elok juga tengok akaun PKR dan DAP termasuk akaun amanah (trustee account) yang dipegang bagi pihak parti jika ada.

“Maklumlah DAP jadi kerajaan di Pulau Pinang dan PKR pun kerajaan di Selangor dan Negeri Sembilan. Siasatlah dari mana sumber wang yang diterima oleh parti. Barulah fair and square.

“Kalau tengok gaya belanja pilihan raya PH pun boleh tahan juga,” tambahnya. Mk

Bersatu dedah penyata akaun, tuntut PKR, DAP buat perkara sama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker