Ira Kazar hamil, Yusof Haslam tak ambil ‘port’

PETALING JAYA – “Saya tak tahu dia (Ira) hamil ke apa. Saya tak tahu. Wallahualam.”

Demikian kata pengarah dan penerbit filem berpengalaman, Datuk Yusof Haslam tentang dakwaan menantunya, Ira Kazar kini berbadan dua.

Yusof Haslam atau nama sebenarnya, Md. Yusof Md. Haslam berkata lagi, dia tidak berada dalam kedudukan untuk berbicara lanjut berhubung perihal samada Ira Kazar hamil atau tidak.



“Isteri saya pun ada cakap tadi sebelum saya keluar, dia pesan jangan cakap apa-apa.

“Silap cakap nanti tak sedap pula. Saya tak mahu semua itu. Bukan apa, saya nak jaga hati isteri saya juga.

“Dia (Fatimah) sekarang berada dalam keadaan sugul lagi. Pada masa sama, Syamsul anak saya, saya kena jaga hati dia juga. Saya tak nak hubungan kami jadi tak bagus.

“Semualah, menantu saya dan cucu-cucu saya. Banyak hati yang perlu dijaga. Cucu-cucu saya dah faham dan dah matang,” kata Yusof, 69, kepada Kosmo! Online sebentar tadi.



Beliau yang ditemui pada tayangan perdana filem terbitan Skop Productions, Harum Malam di Starling Mall mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang berhubung tragedi menimpa keluarganya.

“Saya doa yang baik buat anak-anak saya. Sesiapa sahajalah yang ada kaitan saya doakan yang terbaik,” ujarnya.

Sejak awal tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bualan hangat ramai selepas Puteri Sarah mendedahkan diganggu oleh orang ketiga.

Kemelut rumah tangga mereka semakin memuncak apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah di dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu pelakon senior, Kazar Saisi.



Pendedahan tersebut mengundang reaksi negatif daripada orang ramai termasuk ibu bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail yang tidak merestui perkahwinan kedua anak sulungnya itu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun

Ira Kazar hamil, Yusof Haslam tak ambil ‘port’

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan



Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker