Pelantikan saya bukan untuk kuatkan kelompok tertentu – Khaled

Pelantikan saya bukan untuk kuatkan kelompok tertentu – Khaled

Ketua Umno Johor yang baharu dilantik, Khaled Nordin memberi jaminan bahawa tiada siapa akan disisih dan dipinggirkan dalam usaha beliau memulihkan semula kekuatan parti.

“Semua bagi saya, adalah sahabat dan keluarga besar Umno Johor yang akan dirai dan dihargai.



“Saya menyeru semua pemimpin Umno Johor bertaut kembali dan bermuafakat demi kelangsungan parti.

“Insya-Allah, saya tidak akan menyisih dan meminggirkan sesiapa jua,” katanya dalam kenyataan selepas dilantik ke jawatan itu pada Jumaat.

Khaled berkata pelantikannya tidak dibuat untuk mengukuhkan mana-mana kelompok dan kumpulan dalam parti sebaliknya untuk memulih, merawat dan membangunkan semula kekuatan Umno.

“Keutamaan saya ialah untuk memastikan perpaduan dan kesatuan Umno Johor tetap terpelihara.



“Adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya. Terimalah ia sebagai pasang surut dalam perjuangan dan Insya-Allah akan ada hikmah terpenting dari segalanya itu,” katanya.

Awal hari ini, bekas menteri besar Hasni Mohammad berkata beliau berasa “dibuli” selepas digantikan oleh Khaled sebagai ketua Umno Johor.

Hasni, yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, berkata beliau telah bekerja keras untuk Umno Johor sejak menerajuinya pada 2018, memastikan kemenangan meyakinkan Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri Johor Mac lalu apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi. FMT

Pelantikan saya bukan untuk kuatkan kelompok tertentu – Khaled



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]



Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker