Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis

Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis

Kuala Terengganu: Dua anggota polis yang ditahan kerana terbabit kumpulan kongsi gelap Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) dibebaskan dengan jaminan polis selepas berakhir tempoh reman semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, anggota terbabit dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu pertuduhan selepas siasatan terhadap mereka selesai.



“Dua anggota terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis semalam. Siasatan lanjut terhadap mereka dan 12 lagi anggota dan pegawai masih dijalankan,” katanya hari ini.

Kesemua 14 anggota terbabit termasuk dua pegawai adalah antara 21 individu yang ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan gangsterism.

Kumpulan terbabit yang diketuai peniaga dikenali sebagai Hussin Kumbang berusia 39 tahun dikatakan melakukan jenayah membabitkan kutipan wang pinjaman bagi ceti haram dan tarik kereta.

Mereka turut didakwa menjalankan aktiviti gangsterism dan keganasan termasuk ugutan jenayah.



Semua yang terbabit bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu berusia antara 20 hingga 48 tahun ditahan dalam serbuan Op Selendang yang dijalankan di Dungun dan Kuala Terengganu, Jumaat lalu.

Penahanan itu turut membawa kepada rampasan pelbagai barangan termasuk senjata berbahaya yang digunakan kumpulan terbabit iaitu enam bilah pedang, dua badik dan ekor pari yang diubahsuai menjadi senjata.

Turut dirampas lapan kereta, 28 telefon bimbit, borang keahlian, logo pertubuhan, baju serta al-Quran, sejadah, songkok dan kain kapan dipercayai digunakan bagi upacara baiah.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan 1958.



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]



Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker