Lelaki warga asing skodeng jiran mandi ditahan polis

 

CYBERJAYA – Seorang pelajar warga asing ditahan polis selepas cuba skodeng jirannya mandi di sebuah kondominium di sini petang semalam

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian itu disedari jiran kepada mangsa yang mendakwa sempat melihat suspek memanjat ruangan tepi berdekatan tandas rumah mangsa.



“Saksi juga mendakwa suspek turut membuka cermin tingkap tandas dan berdiri di ruangan tepi tandas itu untuk mengintai. Bagaimanapun, mangsa tiada di rumah ketika kejadian.

“Saksi kemudiannya melihat suspek melarikan sehelai seluar milik mangsa dan sempat merakam perbuatan lelaki itu menggunakan telefon pintar,” katanya ketika dihubungi

Menurut Wan Kamarul Azran, saksi juga cuba mengejar suspek namun lelaki tersebut sempat melarikan diri sambil dilihat memegang sesuatu.

“Saksi yang juga merupakan pelajar kolej berusia 20 tahun kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pukul 2 petang semalam



“Suspek berusia 23 tahun itu berjaya ditahan kira-kira pukul 4 petang bersama sehelai baju warna putih, sehelai seluar pendek warna hitam dan sepasang selipar warna hitam bersama sebuah telefon bimbit,” ujar beliau

Wan Kamarul Azran berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan 379 Kanun Keseksaan dan siasatan mendapati, suspek adalah seorang pelajar dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker