Hantar video lucah kepada bekas kekasih, lelaki didenda RM7,000

Hantar video lucah kepada bekas kekasih, lelaki didenda RM7,000

Seorang pembantu kedai dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Setiu kerana menghantar video lucah kepada bekas teman wanitanya tahun lepas.

Hakim Ahmad Fadhli Mahmud menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Iqyyum Basri, 25, mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun, atau kedua-duanya sekali, dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Muhammad Iqyyum didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi, iaitu video yang lucah sifatnya, menerusi WhatsApp dengan niat menyakiti hati orang lain, lapor Bernama.

Hakim turut memerintahkan supaya tertuduh yang berasal dari Senawang, Negeri Sembilan dipenjara tiga bulan jika tidak membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Siti Hajar Sulaiman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. FMT

Hantar video lucah kepada bekas kekasih, lelaki didenda RM7,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker