Kejadian 10 anak kucing direndam sampai mati disiasat polis

Kejadian 10 anak kucing direndam sampai mati disiasat polis

Polis menyiasat kejadian 10 ekor kucing yang mati dipercayai direndam dalam air di Pasar Borong Temin di Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Ketua Polis Jerantut Azman Mat Kamis berkata, siasatan itu dibuat susulan laporan seorang lelaki berusia 27 tahun yang menemui bangkai kucing itu di lokasi kejadian pada jam 5 petang, Rabu lalu.



“Pengadu tidak berpuas hati dengan tindakan orang yang melakukan perkara tersebut ke atas kucing-kucing berkenaan.

“Selama ini kucing-kucing tersebut diberi makan oleh pengadu di tempat kejadian,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, kawasan itu tidak mempunyai kamera litar tertutup dan hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati haiwan itu dibunuh di dalam kawasan pasar.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya.



Semalam, Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak membunuh 10 anak kucing itu. FMT

Kejadian 10 anak kucing direndam sampai mati disiasat polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker