Johor pertama tubuh pusat pemulihan seks sejenis

Johor pertama tubuh pusat pemulihan seks sejenis

Johor muncul negeri pertama mewujudkan pusat pemulihan bagi pengamal seks sejenis, selain menangani isu akidah terpesong.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata pusat itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada Julai 2024 dengan pemulihan bagi golongan mengamalkan hubungan sesama jantina adalah yang pertama seumpamanya ditubuhkan di negara ini.

“Ketika ini ia sedang dalam proses persiapan kemasukan harta modal di bahagian pejabat, asrama pelatih lelaki, dan wanita.

“Pusat ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan Julai 2024,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Aziz Talib (PN-Maharani) pada sidang DUN Johor di Kota Iskandar.

Fared yang juga Adun Semerah turut memaklumkan, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM15 juta setahun kepada Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah termasuk menyantuni golongan mualaf.

Katanya, seramai 2,845 orang berdaftar memeluk agama Islam sejak 2020 hingga November lalu, iaitu seramai 728 orang pada 2020, 688 (2021), 796 (2022), dan 633 (November 2023).

“Saudara baharu kita yang berdaftar di Johor terdiri daripada pelbagai kaum antaranya Cina, India, Iban, Bidayuh, Kadazan, Orang Asli serta warga asing dari Filipina dan Vietnam,” katanya.

Beliau berkata, Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita yang ditubuhkan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 2020 juga berperanan melaksanakan Modul Pengajian Islam berkaitan akidah, ibadah, muamalat, sirah, akhlak, dan pengajian al-Quran.

“Selain itu, ia juga berfungsi memberi bimbingan keagamaan kepada mualaf dalam usaha mempertingkatkan syiar Islam dan menjaga kebajikan mereka,” katanya. FMT

Johor pertama tubuh pusat pemulihan seks sejenis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker