Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?

Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?

Wanita PKR Kelantan menggesa kerajaan negeri segera menyiasat penganjuran sebuah konsert yang dipercayai berlangsung di Bachok pada 24 Nov lalu.

Ketuanya Nor Azmiza Mamat berkata berdasarkan maklumat yang diterima konsert terbabit menyajikan persembahan yang mencolok mata.



Tambahnya Wanita PKR Kelantan dimaklumkan video konsert tersebut tular termasuk melalui TikTok dan membabitkan persembahan artis dari Thailand, Thungpang Chanoknan, yang dimeriahkan pula dengan penari latar berpakaian seksi.

“Kami difahamkan konsert tersebut dianjur sempena Pesta Loy Krathong dan melalui beberapa sebaran video di TikTok jelas memperlihatkan pakaian penyanyi serta penari dalam keadaan tidak memenuhi Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan.

“Justeru, kami menuntut kerajaan Kelantan membuat siasatan lanjut serta mengambil tindakan sewajarnya,” kata Nor Azmiza dalam kenyataan hari ini.

Enakmen tersebut antara lain ditegaskan oleh PAS – yang mentadbir kerajaan negeri itu sejak 1990 – adalah untuk mentertibkan tatalaku rakyat.



Menurut seksyen 36 (2) enakmen tersebut, sesuatu peratuan boleh diambil bagi mengawal selia perilau pelakon, penyanyi dan penghibur; selain memastikan pengunjung tempat hiburan berkelakuan sopan dan teratur.

Semakan mendapati ada satu rakaman video dimuat naik di TikTok dan memaparkan penyanyi wanita berskirt pendek serta berbaju sendat membuat persembahan di hadapan ratusan penonton.

Bersama video tersebut tercatat “24 November 2023, hari Jumaat, di Bachok Kelantan.”

Loy Krathong merupakan sambutan tahunan masyarakat Siam yang majoritinya merupakan penganut Buddha.



Kata Nor Azmiza, pihaknya memang menyokong enakmen yang dikuatkuasakan kerajaan Kelantan namun mengingatkan penguatkuasaan perlu tegas.

“Saya percaya, seluruh rakyat Kelantan tidak mahu enakmen yang cukup kita banggakan selama ini dipandang enteng dan dianggap sekadar kosmetik.

“Atau, apakah konsert di Bachok itu terkecuali dari Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan?” soalnya. Mk

Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam



PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu



Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker