Cikgu dikecam jual gambar bekas pelajar berpakaian dalam

Seorang cikgu lelaki dengan kontrak tetap di sebuah sekolah menengah di Seoul dikritik kerana menggunakan premis sekolah itu untuk mengambil gambar bekas pelajar berpakaian mencolok mata untuk akaun media sosialnya.

Cikgu yang identitinya dirahsiakan, mempunyai akaun media sosial itu sejak 2017.

Akaun Instagramnya yang kini ditutup menunjukkan dia memuat naik kira-kira 1,600 keping gambar wanita yang berpakaian tidak senonoh, dengan hampir 87,000 pengikut.



Dia juga didakwa mengambil gambar di kawasan sekolah termasuk di pejabat cikgu dan bilik komputer, selain model dewasa itu memperagakan pakaian seragam sekolah, menurut laporan.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada pelajar atau kakitangan lain hadir ketika sesi fotografi itu berlangsung.

Cikgu itu dilaporkan menjual gambar berkenaan dalam bentuk album.

Katanya, dia hanya cuba membantu bekas pelajarnya yang ingin menceburi bidang peragaan.



Katanya lagi, dia menetapkan syarat umur minimum untuk akaun media sosial itu bagi menghalang kanak-kanak di bawah umur daripada melihat kandungannya.

Menurut laporan, dia menandatangani kontrak dengan sekolah lain dan masih belum dipecat daripada jawatannya.

Di bawah Akta Pegawai Pendidikan Awam, cikgu berasaskan kontrak yang tidak bekerja secara tetap di sekolah tidak dikenakan tindakan tatatertib atau dibuang kerja.

Hanya pengetua sekolah boleh mengeluarkan amaran lisan atau menamatkan kontrak. – f



 

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker