Buang masa pujuk orang tua tak reti bahasa – Hadi

Buang masa pujuk orang tua tak reti bahasa – Hadi

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan betapa PN berjaya mendapat sokongan golongan pengundi muda pada PRU ke-15 dan pilihan raya negeri (PRN) lalu.

“Alhamdulillah PRU15 dan PRN baru-baru ini gelombang orang muda (berlaku), orang muda-muda yang umur 21, 40 (tahun) ini sokong kita.



“Majoriti sokong kita belaka, yang tinggalnya orang tua-tua yang tak reti bahasa. Yang tua (usia) 60, 70, yang berkarat hijau ini tak payah kiralah.

“Apabila kita ajak mengundi, dia kata masa zaman Jepun dulu susah lagi, loning (sekarang) senang dah boleh ke laut, boleh sembahyang orang tak ganggu. Dia kira begitu saja.

“Dia tak faham politik, tapi orang muda-muda faham dan bersama dengan kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah perdana di Dewan Sivik di Kijal, malam tadi.

Program itu turut dihadiri calon PN yang juga Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar yang berdepan calon BN Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dalam PRK berkenaan.



Pun begitu, Abdul Hadi berkata golongan pengundi saluran satu dan dua itu perlu dipujuk supaya menyokong PN.

“Undi polis, tentera dan pegawai kerajaan menang, undi orang menang. Masalahnya undi saluran satu, saluran dua.

“Yang ini (golongan tua) kalau boleh dipujuk, pujuk. Kalau buang masa tak payah pujuk, biarkan saja,” ujarnya.

Ahli parlimen Marang itu juga berkata PRK Kemaman kali ini sangat penting untuk menolak Umno.



“Ini kerana Umno yang bertanding kini adalah Umno yang bergabung dengan DAP dan PKR. Umno yang meninggalkan perjuangan Islam dan bangsa Melayu. Ini kena ingat, orang Umno kena tahu.

“Kena tahu Umno yang ada ini berpakat dengan DAP, berpakat dengan PKR yang pragmatik, yang liberal, yang menjahanamkan negara. Kita kena jatuhkan dan kalahkan,” katanya.

Untuk rekod, PAS pernah tiga kali bekerjasama dengan DAP dalam pakatan politik menghadapi pilihan raya umum pada 1999, 2008 dan 2013. Mk

Buang masa pujuk orang tua tak reti bahasa – Hadi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker