Dulu kamu buat apa, Anwar bidas PN kait petisyen syariah dengan kerajaan

Dulu kamu buat apa, Anwar bidas PN kait petisyen syariah dengan kerajaan

Perdana menteri membidas kumpulan yang cuba ‘menunggang’ dalam isu petisyen mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, mengaitkannya dengan kerajaan pimpinan beliau.

Anwar Ibrahim menjelaskan petisyen itu dibuat sebelum beliau mengetuai pentadbiran Putrajaya, sebaliknya Perikatan Nasional (PN) yang tidak bersuara ketika itu.



“Saya nak tanya menteri-menteri termasuk menteri undang-undang dulu dia buat apa?.

“Ada yang kata tak tahu…bagaimana boleh seorang menteri jawab saya tak tahu dalam kes seberat ini?,” katanya di Dewan Rakyat mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga menteri alam sekitar dan air ketika itu yang menyatakan “tidak tahu”.

Semalam, Tuan Ibrahim berkata berkata pihaknya membantah petisyen mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 selepas tidak menjadi kerajaan kerana ia kini ‘sudah jelas’ dan telah dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

PN turut menganjurkan Himpunan Selamatkan Syariah di Istana Kehakiman, iaitu sempena pendengaran kedua petisyen yang berlangsung semalam.



“Saya tak dengar satu dua tahun dulu, ada jawatankuasa ditubuhkan, sekarang baru nak dihebohkan,” tambah Anwar.

Anwar menegaskan kerajaan tiada masalah untuk perkara itu dibawa ke mahkamah supaya rakyat memahami harus ada peningkatan dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

“Tetapi saya kesal kerana ada percubaan seolah-olah ini tindakan kerajaan perpaduan sekarang,” katanya.

Pada 25 Mei tahun lalu, Nik Elin bersama anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman telah memfailkan petisyen bagi menyemak semula 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen tersebut terhadap kerajaan Kelantan.



Dua beranak itu mendakwa 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan bertindan dengan undang-undang persekutuan yang turut meliputi kesalahan sama.

Peruntukan itu antara lain ialah memusnahkan tempat ibadat, pelacuran dan pelbagai kesalahan seksual lain, termasuk homoseksual, memberi keterangan palsu serta pemalsuan dokumen.

Ketika itu, PAS menjadi sebahagian kerajaan yang dibentuk bersama PN, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum dibubarkan pada Oktober untuk memberi laluan kepada PRU15. FMT

Dulu kamu buat apa, Anwar bidas PN kait petisyen syariah dengan kerajaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu



GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam



GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker