Dakwaan Elon Musk anti-Semitik, Apple, Walt Disney tarik iklan di X

Apple dan Walt Disney menjadi antara syarikat gergasi terbaharu yang menggantung pengiklanan di platform X selepas memutuskan hubungan dengan laman media sosial itu lewat kelmarin.

Agensi berita United Press International (UPI) melaporkan, keputusan itu dibuat sebagai tindak balas kepada komen pemilik syarikat X, Elon Musk awal minggu lalu yang dilihat sebagai anti-Semitik.

Bukan itu sahaja, Kesatuan Eropah (EU), syarikat teknologi IBM dan Lions Gate Entertainment pada Jumaat lalu juga mengesahkan pihaknya telah menggantung pengiklanan di platform X.



Laporan diterbitkan oleh organisasi bukan bermotifkan keuntungan, Media Matters mendapati bahawa iklan jenama-jenama utama di platform X telah diletakkan di sebelah siaran yang mempromosikan ideologi Adolf Hitler dan Parti Nazi itu.

“Kami telah peningkatan membimbangkan maklumat palsu dan ucapan kebencian di beberapa platform media sosial dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan X pastinya terlibat dalam hal itu,” kata jurucakap Suruhanjaya Eropah, Johannes Bahrke.

Rabu lalu, Musk membalas satu hantaran di X mengenai satu teori konspirasi yang mendakwa bahawa orang Yahudi menghasut kebencian terhadap orang berkulit putih.

Bilionair itu dilihat bersetuju dengan hantaran berkenaan dengan menulisnya sebagai ‘kebenaran sebenar’. Dia bagaimanapun menafikan hantaran itu sebagai anti-Semitik.



Dalam pada itu, Musk dilihat bertegas dengan tindakannya dalam satu hantaran kelmarin.

“X Corp akan memfailkan satu tuntutan undang-undang terhadap Media Matters dan semua yang bersekongkol dalam serangan penipuan ke atas syarikat kami,” tulis Musk. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker