Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

SEMENYIH, Penggunaan cat jalan “Glow In The Dark” atau “bercahaya dalam gelap” merupakan projek rintis Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat.

Projek inovasi terbaru ini dijalankan di persimpangan Jalan Sg Lalang Batu 19 dan Jalan Sg Tekali Batu 16 Semenyih.



Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut melawat kawasan bersama Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan bagi melihat inovasi dalam kejuruteraan yang dibawakan oleh JKR Hulu Langat.

“Malam ini kami daripada Kementerian Kerja Raya dan juga Jabatan Kerja Raya, bersama Ahli Parlimen Hulu Langat datang untuk melawat tempat yang dikatakan pilot projek, dimana garisan jalan ini, menggunakan teknologi baru, iaitu menggunakan cat yang lebih menyala apabila malam, lain daripada yang biasa digunakan itu.

“Jadi nampaknya memang ada kelainan daripada yang biasa itu, ia lebih nampak dalam gelap. Jalan yang tiada lampu, yang gelap ini boleh membantu pemandu dan pengguna jalan supaya mereka ini, lebih selamat dan selesa menggunakan jalan pada waktu malam”, katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.



Cat jalan “bercahaya dalam gelap” ini berada sepanjang 490 meter bagi permulaan.

Menurut Alexander, pihaknya akan melihat dan menilai dengan lebih mendalam bagi projek rintis ini untuk dilaksanakan dengan lebih menyeluruh kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker