Zahid dan PRU16, 17, 18

Zahid dan PRU16, 17, 18

oleh Mohsin Abdullah

Sambil makan muruku, borak-borak dengan kawan lama menerusi aplikasi WhatsApp agak menggembirakan biarpun tak sama pertemuan face to face. Kawan lama saya itu duduk luar Kuala Lumpur. Tak dapat bersemuka WhatsApp pun ok. Tak ada rotan akar pun berguna, kata orang.



Kawan saya tu bekas aktivis Umno juga bekas wartawan. Sekarang dok relax perhati perkembangan politik. Memang beliau suka politik bukan berpolitik, maka semasa berborak kosong dengannya tempoh hari politik tanahair agenda utama. Bercakap mengenai itu dan ini parti itu parti ini, kawan saya tiba-tiba bertanya pasal Khairy Jamaluddin, yang katanya dulu beliau “respect tapi sekarang meluat”. Kata kawan saya, Khairy sekarang pandai komen dan kritik bermacam isu membabitkan semua politikus tetapi “dia sendiri tak tentu arah”. Maksudnya career politik. Sememangnya Khairy cautious, kadang-kadang terlalu cautious, kata seseorang yang rapat dengan beliau kepada saya tidak lama dahulu.

“Baik dengan Nurul (Izzah) dengan Rafizi (Ramli). Berbaik-baik dengan Muhyiddin tapi tak masuk Bersatu. Tapi tak cakap terang-terang tak minat. Banyak bunga-bunga,” kata kawan saya memberi sekadar satu contoh. “Elok jadi DJ je lah,” katanya lagi. KJ jadi DJ ada rhyme, kata saya. DJ yang dimaksudkan ialah podcaster. Podcast yang dikendali KJ dengan sidekick beliau Shahril Hamdan amat popular.

Pada pendapat saya, Khairy mahu masuk Umno semula. Itu sebab tidak join parti lain dan tidak mengorak langkah lanjut. Podcastnya pun dinamakan Keluar Sekejap. Bagi saya itu bermakna KJ beritahu beliau keluar Umno seketika yakni hanya sekejap dan akan atau mahu kembali ke pangkuan parti lamanya. That’s how I see it lah.

Pada 30 Okt lalu podcast Keluar Sekejap menampilkan Tengku Mahkota Johor sebagai tetamu. Apabila TMJ berkata beliau mahu lihat Khairy dan Shahril kembali ke Umno, saya kira mereka tersipu-sipu bagai gadis sunti yang baru dipinang. Bagaimanapun menurut Malaysiakini, kenyataan TMJ menyaksikan kedua-duanya dalam keadaan tidak bersedia untuk menjawab sebelum beralih ke topik lain. Mungkin Khairy dan Shahril tergamam, tidak sangka TMJ akan berkata begitu.



TMJ berkata demikian semasa memberi respon kepada pertanyaan yang diaju Khairy sendiri mengenai masa depan Umno. Menurut TMJ, Umno masih punya asas sebagai parti Melayu yang kuat tetapi memerlukan lebih ramai individu berkualiti untuk memimpinnya (itu sebab mahu lihat KJ dan Shahril masuk Umno semula).

Mengapa Khairy membangkitkan soal masa depan Umno? Terpulang interpretasi masing-masing. Mungkin KJ masih sayang Umno? Atau bak nyanyian Diana Nasution “benci tapi rindu”?

Umum tahu Khairy dipecat Umno Januari lalu atas dakwaan sabotaj parti pada PRU15. Penyokong beliau kata pemecatan disebabkan Khairy ‘berperang’ dengan Presiden Zahid Hamidi.

“Bila dia nak masuk Umno bro?” Tanya kawan saya. Jawab saya apabila Zahid tidak ada dalam Umno. “Bila tu? Bila Zahid tak akan ada dalam Umno? Berjanggut lah tunggu ,” kata si kawan. Lalu pelbagai spekulasi dan teori dibincangkan yang tidak perlu saya huraikan kerana itu hanya cakap-cakap kosong.



Khairy juga ada mengakui Zahid tidak akan undur. Imbau kembali apa kata beliau selepas membuang undi di Rembau pada pilihan raya negeri Ogos lalu. “Zahid Hamidi tak akan turun. Umno akan kekal seperti biasa. Umno akan buat tak tahu. Sebab saya punya ramalan seperti pilihan raya umum yang lepas sama juga. Umno kena bantai teruk pun dia akan buat tak tahu,” Khairy dilapor berkata 12 Ogos lalu.

Namun kira-kira dua minggu lalu, Zahid dengan tak semena-mena berkata beliau berada di penghujung khidmatnya sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk. “Saya menjadi Ahli Parlimen dari 1995 dan pada hemat saya ia satu perkhidmatan yang sungguh panjang. Saya sedang berada di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen,” media memetik beliau berkata.

Adakah itu memberi harapan kepada golongan anti-Zahid atau tak sehaluan dengan beliau sama ada bekas ahli atau yang masih dalam Umno untuk membuat comeback? Kita tahu selain Khairy, ada nama besar yang turut disingkir (dan masuk parti lain), ada yang digantung keahlian, dan ada yang duduk diam-diam dalam Umno menunggu saat untuk bertindak.

Nanti dulu kerana kata Zahid semasa diminta media mengulas lanjut berbunyi begini: “Mungkin PRU16, 17, 18 jadi kita tunggulah yang sesuai.” Itu rasanya menimbulkan lebih banyak pertanyaan daripada jawapan. PRU16 mesti diadakan paling lewat pada 2027.



Selain soal jangka waktu, pertanyaan yang timbul ialah adakah tidak jadi Ahli Parlimen bererti tidak jadi presiden parti? Ikut tradisi presiden Umno ialah Ahli Parlimen dan memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan. Tradisi itu pecah semasa Ismail Sabri Yaakob jadi perdana menteri. Zahid tetap jadi presiden tetapi kekal Ahli Parlimen.

Satu lagi persoalan mengapa Zahid bercakap mengenai penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen? Why and why now? Azmi Hassan dari Akademi Nusantra dipetik FMT berkata pengumuman Zahid tidak mengejutkan ekoran tekanan dalaman dihadapinya sebagai presiden Umno, susulan keputusan paling teruk partinya pada PRU15 dan pilihan raya di enam negeri.

Kata Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, kenyataan Zahid membuktikan pelbagai gesaan supaya beliau berundur sebagai presiden Umno tidak diabaikan. Pun begitu, menurut penganalisis dari Universiti Sains Malaysia Azmil Tayeh masih terlalu awal untuk menentukan sama ada Zahid akan berundur dari Bagan Datuk kerana “banyak perkara boleh berlaku sebelum PRU16.”

Berbalik kepada Oh, menurut beliau Zahid mungkin juga cuba ‘memesongkan’ sebahagian desakan untuk beliau berundur. Maksudnya cuba deflect desakan. Kata Oh, “sekiranya desakan semakin reda Zahid mungkin akan mengubah fikiran.”



Dalam politik banyak hal. Semua boleh jadi.

Zahid dan PRU16, 17, 18

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker